Sunday, October 19, 2008

K.A.M.I THE MOVIE


hari Jumaat yang lepas, aku telah menonton satu cerita remaja yang popular di kalangan remaja juga la kan, iaitu K.A.M.I the movie. cerita ini bagi aku, sangat hebat dan unik. mempunyai gayanya yang tersendiri (selamba dan bertenaga). sepanjang cerita tersebut, tiada satu scene pun yang membosankan bagi aku. sangat menarik!
cerita ini merupakan kesinambungan daripada cerita K.A.M.I di kaca tv sebelum ini. pada awalnya, aku bukanlah peminat drama bersiri ini. tetapi, setelah menonton movienya, aku mula tertarik. memang selayaknya untuk aku menganugerahkan cerita ini dengan lima bintang. baiklah, aku akan ceritakan serba sedikit mengenai isi hati K.A.M.I the movie ni...

cerita ini mengisahkan lima rakan karib : Abu, Ali, Sofie, Adi dan Lynn. mereka selalu pergi gig dan lepak bersama-sama. namun, masing-masing mempunyai rahsia yang disembunyikan. rahsia tu membuatkan mereka selalu berkonflik dengan diri sendiri dan kadangkala mengambil tindakan yang tidak wajar. penceria cerita ini bagi aku adalah Abu. seorang yang baik tetapi nakal selepas kematian abangnya sehinggakan masuk ke sekolah budak-budak nakal.

Abu lari dari sekolah tanpa pengetahuan sesiapa. bertemu dangan empat rakan karibnya yang lain dan mula bersuka ria memandangkan kesemuanya telah tamat peperiksaan SPM. dari situ, konflik mula melanda. apabila Abu sentiasa menyorok, Sofie yang masih menyukai Ali dan bermasalah dengan ibu serta kekasihnya, Ali yang menyukai Lynn dan bermasalah dengan ibu bapanya, akhir sekali Lynn yang sentiasa menyembunyikan rahsia mengenai Boy daripada ibu dan rakannya.

tapi, aku tetap tabik pada watak Abu. seorang yang sangat baik hati dan memahami rakan-rakannya yang lain. tapi, ending cerita ini agak menyedihkan kerana Abu tidak sempat memberitahu Adi bahawa Vanilla Ice itu adalah abangnya kerana mati ditikam oleh Boy. walaupun Abu nazak, tetap ingin menceriakan Lynn dan Ali seolah-olah dia tiada apa-apa yang menyakitkan. tetapi, betul ke Abu dah mati?

tunggu dan lihat je la untuk seterusnya...

bagi aku, cerita ini harus ditonton oleh semua orang. sebab, inilah realiti kehidupan remaja yang sebenarnya. kebebasan di luar sana, emosi mereka, keinginan mereka dan sebagainya. ini seharusnya diketahui oleh para pendidik, keluarga dan masyarakat. satu selaman yang terus ke dasar jiwa remaja untuk kita lebih mengetahuinya.
melalui cerita tu juga, aku terfikir satu perkara. hidup ini betul-betul seperti sebuah perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lainnya. jika kita bernasib baik, kereta takkan rosak dan dapat tiba dengan tepat pada waktunya. jika sebaliknya, kita mempunyai pelbagai alternatif. samada menahan kereta lain, berjalan kaki, naik bas, membaiki kereta tersebut atau sebagainya. asalkan kita tetap sampai ke destinasi yang dituju walaupun sedikit lambat. adakah kita ingin duduk di tepi jalan tersebut dengan kereta rosak itu sehingga tamatnya riwayat? kita bisa terus berjalan, samada membawa sekali kereta rosak itu ataupun tinggalkannya di tepi jalan...

ehem ehem...atas permintaan rakan yang turut serta dengan acara menonton filem ni, iaitu Tasya dan Sholha, aku selitkan la sikit gambar kami masa tu...errrrr....tapi, jangan gelak! malu gila nih nak letak gambar sebab errrr...haihhh tengok la sendiri..hehe




aku dah agak dah. mesti kamu gelak kan. kenapa aku seorang je yang skema (pemakaian)??? sebab, masa ni sebenarnya aku tengah bertugas tapi aku lari hehe. jangan salah faham pula. sekurang-kurangnya aku dah selesaikan semua tugas aku...

10 comments:

Suka Bebel said...

malangnya tak sempat nengok citer ni.dah lah dihampakan ngan citer yang ntah apa2.huhu

Si Kachak Suparjo said...

X agak2, tros bagi 5 bintang.









.

suara said...

eleeyana buat promosi utk filem ni ye...

e-leeyana said...

suka bebel : hehe guri2 klu xtgk...sbb mmg best...pasni sy nk cri dvd nye plak...wat koleksi sbb best sgt!

e-leeyana said...

kachak : hehe mmg layak la dpt 5 bintang

e-leeyana said...

kak su : errrr xda la smpi cmtu...tp klo ade sape2 yg nk br ok gak hehe

Dakjaat™ said...

best ke movie kami?? ..

tak menarik minat ku untuk menontonnya .... huhuhu! ..

e-leeyana said...

bg sy best...sbb dr xminat blh jd minat...try la tgk dlu...mmg byk pngajaran w/pn melalui humor...

natasya said...

sape kate cite ni x best..
better ckp btol2...

aku kasik 12/10 bintang...
jgn jeles....

aku sgt mgikuti cite ni..
dr series awal smpai abes...

lalalalala...
best......

e-leeyana said...

ngeh3...hah, mari serang sape yg ckp cte ni xbest wawawa....

1 2 3....serang.....