Monday, October 13, 2008

JANGAN DICARI KEHIDUPAN SEMALAM

Peh…asal tajuk je di blog aku ni, pasti gempak kan. Biasa la, itu semua taktik semata-mata hehehe. Sebenarnya, apa yang diceritakan di blog aku ni adalah menurut pengalaman aku sendiri ditambah sedikit dengan perasa persekitaran. Sebenarnya, ini semua adalah lumrah kehidupan, sebuah ‘Lukisan Alam’ (wahhh promote lagi blog sendiri kekeke).

Okeh, jom kita 'zoom in' terus dengan tajuk entri kali ini...mari melangkah masuk (kaki kanan ya)....

Baru-baru ini, aku terima agak banyak la kajian kes atau masalah dari rakan-rakan. Masalah tentang sebuah kehidupan lampau. Ayat yang terkeluar dari mulut mereka itu seolah-olah ayat-ayat cinta, ehhhh silap-silap hehe...ayat-ayat berputus asa. Isk....tak bagus la macam tu kan. Oleh kerana agak ramai yang memfailkan kes ke peti surat aku tu, maka dengan berbesar hati aku telah berjaya mengkategorikan (betul ke ejaan ni? p/s: aku ada sedikit masalah dalam mengeja perkataan ni hehe) kehidupan silam mereka ikut kes mereka juga la, takkan ikut kehidupan silam aku pula kot. Mari kita lihat, siapa yang kena~

Masa silam : positif, Masa sekarang : positif

Untuk kategori yang ini, aku tak mahu ulas lebih lanjut. Sebab, mereka ini duduk dalam golongan yang tiada masalah. Cumanya, jika anda rasa gembira sahaja dari dulu, semuanya berjalan lancar bak kata orang 'bertuah', harap-harap tidaklah sampai terlupa diri. Esok lusa, kita tak tahu apa yang akan berlaku. Yang paling penting sekali, jangan lupa memanjatkan syukur sebagai tanda berterima kasih dan mudah-mudahan kekal positif sehingga ke akhir hayat.

Masa silam : positif, Masa sekarang : negatif

Yang ini sudah mula nampak masalahnya. Biasanya, orang akan mengeluh, “kenapalah aku diuji sebegini?”, “susahnya kehidupan ini”, “seronoknya dulu-dulu, tak banyak masalah” dan sebagainya. Keluhan demi keluhan terkeluar dari helaan nafas mereka. Aku sendiri pun berpendapat sedemikian hehe. Memanglah, zaman dahulu, zaman kanak-kanak, zaman keriangan, zaman tiada masalah. Gembira sepanjang masa. Yang diketahuinya adalah bermain semata-mata. Di rumah, semua telah tersedia. Hendak apa, minta sahaja. Sebenarnya, itu semua lumrah. Bila kita menginjak dewasa, cabaran itu juga adalah untuk mendewasakan. Kalau kanak-kanak sudah diduga sebesar cabaran kita, iskkkk...kasihan la. Apa sangatlah yang mereka tahu. Mungkin ada, tapi itu adalah kerana mereka insan terpilih untuk mendapatkannya.


Sedikit pesanan buat insan yang berkategorikan ini, jangan dipandang kegembiraan semalam dan membandingkannya dengan kedukaan hari ini. Tetapi, pandang kegembiraan semalam sebagai kekuatan diri dan terus mencari untuk diulangi. Sekurang-kurangnya anda pernah merasai zaman yang menggembirakan itu berbanding orang lain yang tidak pernah kan...

Masa silam : negatif, Masa sekarang : positif

Orang yang berada dalam kumpulan ini pasti gembira memanjang kan. Maklumlah, dari buruk berubah menjadi sesuatu yang indah. Tahniah...mungkin anda telah belajar sesuatu dari kedukaan semalam. Ini adalah tindakan yang sangat wajar. Sentiasa ingin melangkah kehadapan dan terus mendaki untuk sampai ke puncak. Kelemahan itu tidak sepatutnya melemahkan, sebaliknya carilah kekuatan yang banyak untuk mengatasi kelemahan tersebut. Itulah kunci untuk mendapatkan kehidupan yang positif...

Masa silam : negatif, Masa sekarang : negatif

Aduhhh....yang ini susah sikit la....Agak-agaknya sebab apa ya tidak positif-positif lagi? Jika ikut pengamatan saya di kalangan rakan-rakan, mereka ini sebenarnya tidak berani untuk mencuba. Ada yang minta pandangan dan nasihat, tapi bila sudah diberi, bukannya nak ikut. Malah asyik la dok ulang-ulang benda yang sama. Kalau macam ni la kan, silap hari bulan, orang yang memberi nasihat pun tak sihat jadinya nanti. Tensen tensen...

Janganlah macam itu, kenalah berani untuk memajukan diri. Takkan anda tidak mahu gembira? Pasti nak kan kan kan...Maka, sekurang-kurangnya mulakan sedikit perubahan dari dalam diri. Buang segala tanggapan negatif itu dan masukkan seberapa banyak tanggapan positif. Apa yang ingin ditakutkan? Sekeliling kita ni, semuanya sama sahaja. Cuma makhluk yang diciptakan oleh Tuhannya. Okey, selamat maju jaya ya...Dan toleh sedikit ke belakang lalu kata, "selamat tinggal kedukaan..."...Amacam, boleh kan??? Pasti boleh!

Apa sekalipun ia, itu semua adalah bingkisan dari sebuah kehidupan. Usahlah dikenang dan dicari kehidupan yang lalu. Apabila kita melangkah, langkahlah ke hadapan bukannya ke belakang. Walaupun kita ke belakang, mustahil untuk kita dapat kehidupan yang sama seperti dahulu. Sebab, ianya telahpun berlalu. Cukuplah sekadar menoleh, namun jangan merenung. Pandanglah kehadapan, lalu nantikan siapa kita pada akhirnya.

Untuk melihat kita di akhir itu, tentukanlah sekarang! Mahukah kita terus-terusan melihat belakang? Bak kata orang, “jangan pandang belakang”. Lagi-lagi ketika memandu. Bisa kemalangan. Sebaliknya, pandanglah sekalis menggunakan ‘cermin pandang belakang’ hehehe….

Kehidupan ini umpama pertarungan di medan perang. Terus mara menentang musuh. Jika tidak mampu, berundur seketika, bersiap sedia dan serang kembali. Jika masih nak ingat juga kehidupan dahulu, ambillah yang gembira sahaja, jangan ambil sekali yang duka itu ya kawan-kawan. Takut murung pula nanti. Kita semakin meningkat dewasa. Makanya, cabaran yang diterima juga setanding denga umur kita. Janganlah terus berdiri, sebaliknya oraklah langkah. Jika takut sendiri, mari kita jalan bersama…






21 comments:

Si Kachak Suparjo said...

Beb,
Hidup biar sedap.

Penoreh Getah said...

hidup tanpa mimpi umpama kamu tidak punya cita-cita..

e-leeyana said...

pehh spt tol ade org komen...wah epi2...blasan tlg org byk sgt kot wakaka....

si kachak : xblh tol ar tgk pict tuh...adehhh....idup biar sedap??? nk pki perisa apa bru sedap? jgn salah amk sudah...

penoreh getah : yup2...setuju2...ada mimpi ada cita2 baru ada usaha kan kan kan

TokNabe said...

Nak lebih cemerlang esok, kena tengok hari2 yg berlalu.. bukan toknabe yg cakap tp org2 bijak pandai yg cakap. :D

e-leeyana said...

mmg la toknabe yg bijaksana wawawa...xksh nk tgk hari2 yg berlalu...tp mslhnye ni org2 yg bkn setakat tgk tp klo blh nk putar blek waktu tu...

yatie said...

yana, pecite? waaaa lama seh aku x ke cni..

Yunus Badawi said...

sapa yg ari ninya lebih buruk dari semalam - celaka. Sapa yg ari ninya sama mcm semalam - sia2.
Semoga ari ni kita lebih baik dari semalam.

izman said...

kadang2 kita mesti pandang belakang utk menilai diri kita sebelumnya. cuma harus teruskan hidup dan jangan dibelengu kisah2 yg terlepas dibelakang.

e-leeyana said...

yatie : selamat dtg kembali..

en. yunus : 'celaka'??? alamak, takutnya...ni yg nk kne pastikn ari ni sentiasa lbh baik dr semalam

en. izman : yup yup...sokong 100%...pandang belakang utk amk iktibar bkn utk dsesalkan

warungkampung said...

Wah Cik Iliana, banyak ke keluhan yang diterima? Macam boleh jadi professional motivator lah!
Teruskan membimbing rakan-rakan anda. Mereka gembira, kita pun jadi gembira, tak gitu?

'What doesn't kill us makes us stronger'
Aku tak tahulah bes ke tak, tapi ada satu buku, 'Jangan bersedih', di tulis oleh seorang pengarang timur tengah yang terkenal. Buku tu menjadi best seller di sana, malah sudah ada terjemahan di dalam bahasa malaysia. Boleh la hadiahkan member jika difikirkan sesuai. (tapi mahal sikit la.haha)

e-leeyana said...

wahhh heart attack...(bekkk pengsan)...ok bgun blek tok reply...hehe well dr sek dlu da ade bakat t'pendam (jd pembimbing rakan sebaya) waahhhh~ perasan plak...

buku tu 'la tahzan don't be sad' ke??? buku yg selalu muncul dlm mimpi, haritu ada jmpe buku tu tp xbli...cti nnt nk bli...sbb ask tmimpi2 je, msti unik kn...

sokong n sukeeeeeeeeeee ayat tu :
'What doesn't kill us makes us stronger'

e-leeyana said...

sedikit catatan utk siapa2 je la :

mlm td, mse aku tengah study tiba2 bdn terasa letih sgt2...buatkan aku termenung dan berfikir kembali...habis semua komen2 korang aku fikir balik...

jd, curi2 aku cuba menoleh kembali ke zaman silam aku...apa yg aku rasa??? sedih! sebab, mcm x percaya aku dah berjaya melepasi byk dugaan smpailah aku berada di tahap ni...

sebenarnya, apa sekali pn dugaan yg dtg, ia adlh utk diselesaikan bukannya lari...

p/s : 2minggu ni, jadual padat sepadat2nya membuatkn aku kurang dlm pertimbangan...pada yg ada nk failkan kes baru kat aku tu, pending sekejap ya...tunggu minggu dpn kompom free...jd, harap2 sementara menunggu tu, entri ni dpt membantu....

haitttt....kepala aku da pening, kaki aku pn da krem, mata aku pn da juling, harap2 xda mana2 wayar yg terputus...hehehe

e-leeyana said...

errr sowi2....lupe nk masukkan ayat2 yg kwn aku bg dlm ym ni...

thanks ya saudara mohd aizuddin...

berjlnlh dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, sedekahknlh satu snyumn walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... blajalh m'maafkn walau dirimu t'luka, b'hntilh mmbri alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani.........

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..."

harap dpt sedikit menenangkan hati bg siapa2 yg masih dlm pergelutan ya....

salam sayang dari tuan empunya blog utk semua...

Akak said...

Salam e-leeyana...

Life is a learning process..

e-leeyana said...

salam...
hehe...yup, belajar dr apa yg da dlalui...

xiiinam751, musafir denganMu said...

Jangan mengeluh...jangan bersedih. Selepas kesusahan, pasti ada kelapangan!

p/s:terima kasih sudi singgah blog ckLah.ckLah jumpa naskah 'La Tahzan' karya Dr Aidh al Qarni, saat ckLah hampir berputus asa dengan ujian. Buku tu dalam bahasa Arab. tapi alhamdulillah, sekarang sudah banyak terjemahan dalam English dan BM

e-leeyana said...

owhhh...terima kasih kembali...
bahasa arab??? wahhh....denga cte buku tu da ada mcm2 versi kan...insyaallah nnt sy bli...tebal bku tu...klu nk pnjm je kat library, alamatnya msti denada bertimbun2 sbb lmbt pulang hehe...terima kasih ya kak

fusarium solani said...

Sebagai umat Islam kenapa perlu berkeluh kesah atas kesedihan dan kegagalan hidup?

Sepatutnya kita memikirkan bagaimana amal jariah kita boleh menjadi payung di akhirat kelak.

Bukankah janji Allah SWT itu benar, maka Yakinlah dalam tiap-tiap kesusahan pasti ada kemudahan!

e-leeyana said...

wahhh~ nmpknya komen awk ni dah berjaya mengingatkan sy semula ttg apa yg sy dah terlupa...tinkiu2...

Suka Bebel said...

yg first tu pun ada bahaya gak.plg bahaya mengikut pengalaman lampau.dah biasa positip, terkena sekali yg menjatuhkan semangat terus hancus hidup beliau.huhu

e-leeyana said...

haha betui betui...takut da biase idup snang, skali ssh trus padam kan kan...isk isk isk...beringat2 la...