Tuesday, October 21, 2008

HARI ORGANISASI TNB *HOT*

Salam bicara dari meja pengarang...

Sepertimana yang kamu sedia maklum melalui jedual yang aku sediakan di sebelah kanan blog ni, aku agak sibuk dengan aktiviti Hari Organisasi TNB 2008 yang berlangsung pada 17 Oktober 2008. Sememangnya penat, sememangnya banyak dugaan - bersesuaian dengan nama program ini sendiri. Bak kata presiden DPP TNB itu sendiri - Tosh, program ini memang benar-benar melatih para AJK pelaksana bagaimana untuk berorganisasi...Apa??? Nak tengok gambar Tosh??? Ni dia aku bagi...Tengoklah puas-puas. Kalau berminat, boleh terus menghubungi aku melalui email...

Satu perkara yang aku puji tentang Tosh ni, dia ni macam batu dalam air. Tenang je, tapi kalau kita terpijak, sakit juga kaki kan. Tapi, Tosh ni bukan batu ye, dia adalah spesis homo sapiens juga macam kita hehe...
Nak tahu ke apa masalah yang kami hadapi? Rasanya, lain kali la ye aku cerita hehe...Bukan apa, rasanya tak elok dikenang. Yang ingin aku kongsikan bersama di sini adalah kegembiraan kami sepanjang beraktiviti.
AJK pelaksana HOT ni, tak ramai. hanya 18 orang yang terdiri daripada 6 bunga dan 12 kumbang. Isk..isk..isk..kesian bunga kan. Tapi, semua itu bukanlah masalahnya. Sebab, kami gembira bekerjasama. Macam adik-beradik (eh, tak juga. sebab ada yang errrr feel lain macam hehe). Apa pun, masing-masing memang dapat bagi komintment 150%. Ini gambar semua AJK pelaksana program...

Nampak skema la pula gambar ni. Okeh, biar yang rock sikit la. Ini dia...

Gambar ini dirakam selepas tamatnya program dan selepas kami mengangkat semua barang yang digunakan (ala-ala dah siap kemas la ni). Jadi, masa bergambar dah tiba...hehe

Sekarang, aku nak putar balik sedikit masa, iaitu sebelum berlangsungnya acara...

Masa post moterm, Tosh ada bersuara mengatakan ini adalah program terbaik. Walaupun kecil, tetapi kerjasama kami dalam menjalankan tugas adalah amat dipuji (sepuluh ratus bintang hehe). Cuba tengok gambar di atas, yang baju putih tu, Farid (ketua biro logistik), yang baju hitam tu, Wan Azizin (biro logistik juga), tiba-tiba ada yang baju belang-belang tu, Mail (biro makanan dan promosi). haaaaa~ tengoklah betapa kami saling membantu (aishhhh puji biro sendiri hehe)...
Mari kita lihat semasa aktiviti pula....


Okeh...itulah sedikit sebanyak kenangan kami bersama sepanjang aktiviti. Seronok! Hanya itu yang mampu aku katakan. Kamu semua memang best dan aku pun nak menyatakan bahawa, "setakat ini, inilah program terbaik yang pernah aku melibatkan diri. Walaupun kecil, dugaannya besar dan ukhwah yang terbina tu, memang tip top. Tak sama macam aktiviti sebelum ini."

Tahniah kepada : Firdaus (Pengarah), Fitrah (Tim. Pengarah), Muniroh (S.U), Harith (Bendahari), Faizal (K. Protokol), Farid (K.Logistik), Man (K.Tugas Khas), Zana dan Zaini (protokol), Azizan dan Faisal (logistik), Nasri (tugas khas), Nadia, Izat dan Mail (makanan dan promosi) dan aku sendiri juga hehe...

14 comments:

Suka Bebel said...

zaman aktibiti kat U ni dah lama berlalu tapi tetap segar dalam memori.hehe

e-leeyana said...

hehehe...jd, sy la penyambung warisan nya...at least ada la gak dlm memori dr xda kn kn kn

Yunus Badawi said...

e-leeyana,
semoga pengalaman ini dpt diteruskan bila you masuk ke masyarakat kelak.

poyotito's said...

peh gua haram tak terjebak dengan aktiviti kat u nih.
kena pulak duduk rumah sewa.
memang tak peduli dah jep

e-leeyana said...

en YB : insyaallah...harap2 nnt klu kerja, xda la smpi xthu nk wat keje ape2 kn kn

e-leeyana said...

poyotito's :
time kaseh melawat...
aiseh nape xjoin...rugi beb...

yatie said...

perkh...aktif seh. xpe, bgus tok keluar nti.

Si Kachak Suparjo said...

Ok la tu,
bior tenaga kerja sikit, tapi sume bleh buat keje.

Daripada ramai tp x buat keje, lagi sakit ati.

e-leeyana said...

yatie : bak kate senior, wat cantikkan resumehehe

kemana kau menghilang hah?!

e-leeyana said...

kachak : hah, tau xpe...aku pnh gak join pgrm ajk ramai smpi puluh2 ratus2 an, tp ending nye hampeh gak. baik sikit cmni lg best...

Aisar said...

woh!..tukar cat baru lg..hermmm..

e-leeyana said...

hehehe...jgn la marah atok...cucu hanya memenuhi permintaan peminat wahahaha

Aisar said...

ekelleeee...cm kenal je ayat itewwww...hehehe!..

e-leeyana said...

wahhhh~ mcm kenal ker??? syhhh~ simpan rahsia