Thursday, October 9, 2008

DERHAKA DALAM TAAT

Selamat kembali ke alam diskusi. Setelah lama bercuti dengan isu raya dan puasa, kali ini aku nak jamu kalian dengan juadah baru. Satu juadah yang pahit untuk ditelan tetapi tetap harus ke perut juga. Lihat sahaja kepada tajuk yang digunakan, mampukah kalian menjangkakan apa yang ingin aku ceritakan? Cepat-cepat teka….hadiah lumayan menanti anda ngehehehe….hadiahnya??? nanti aku beritahu…

Baiklah, terus ke topik utama tanpa menyeksa mata anda untuk membaca omongan kosong aku ni…

Pernah tak anda terbaca mengenai tanda-tanda akhir dunia? Pastinya anda sedia maklum kan. Makanya, tak perlulah saya mengulanginya. Tapi, kalau masih tak tahu lagi, klik di sini untuk ambil tahu ya. Secara rumusannya, di akhir-akhir nafas dunia ini, segalanya menjadi songsang. Cuba kita teliti sekeliling kita…ehem ehem…agak-agaknya ada tak tanda-tanda kesongsangan tu? Tak salah jika aku katakan, ADA!

Bagaimana agaknya aku hendak labelkan insan-insan yang melakukan maksiat tetapi menunaikan solat? Berzina, minum arak dan macam-macam lagi larangan agama dibuatnya. Bagaimana pula ingin kita labelkan bagi insan yang bertudung litup, berjubah labuh tetapi turut melanggar perintah agama? seumpama terlalu banyak lakonan yang penuh dengan watak penipuan semata-mata. Sehinggakan kita tidak bisa menilai baik buruknya. Konfius....

Mari kita berjalan lagi….sambil memerhati manusia sekeliling kita yang sedang leka menikmati manisan duniawi.

Ramadhan baru sahaja berlalu pergi. Sepertimana yang kita sedia maklum, di bulan tersebut semua syaitan dirantai, diikat, dikurung dan dijauhkan dari kita. Untuk apa? Untuk umat Islam dapat memanfaatkan bulan mulia ini tanpa sebarang gangguan. Ada yang mengatakan, inilah bulan yang mencerminkan diri kita sendiri. Betul kan…sebabnya tiada apa pun yang bisa mempengaruhi kita ketika itu. Makanya, segala tindak tanduk kita adalah diri kita sendiri!

Derhaka dalam taat

Di bulan ramadhan berpuasa. Ikhlaskah mereka? Apabila tamat sahaja ramadhan, manusia berderu-deru mengejar kembali nikmatnya dunia ini. Memadu kasih sehingga lupa diri. Malang sekali jika muda-mudi Islam mula menunjukkan taring saktinya. Terus menggigit menghisap darah sesama mereka. Meratah daging mentah yang masih berhaba. Makin berbisa hati ini jika mereka menunjukkan aksi bangga seolah-olah mereka berada di jalan yang lurus-selurusnya (sedangkan highway pun ada bengkang-bengkoknya). Dengan gaya umpama manusia di zaman purba. Apa yang ingin ditunjukkan? Peta dunia? Besar mana liang roamanya? Atau mahu kami tolong membilang bilangan tahi lalat yang mereka ada? Di mana silapnya?

Cukup dengan selapis kupasan cerita muda-mudi. Mari kita beralih kepada kaum yang hampir ke rahmatullah pula….

Apa agaknya perasaan kita jika terpandang atok atau nenek bersuka ria di disko. Lagaknya seperti remaja. Walhal, umur sudah senja…hanya menunggu masa untuk malam berlabuh tiba. Kebiasaannya untuk kaum ini, wanita mudalah yang mereka cari. Terasa seperti saham melambung semakin tinggi jika ada si jetita seksi datang mengulit diri. Rasa apa? Bangga? Muda? Kacak? Bergaya? Sedarkah wahai orang tua, sebenarnya anda berada di zaman kejatuhan. Dengan perlakuan jijik sedemikian, anda semakin jauh dari keluarga, semakin jauh dari masyarakat dan yang lebih menyedihkan anda turut semakin jauh dari agama, dari Tuhan yang maha Esa.

Derhaka dalam taat

Sudahkan melakukan sedemikian rupa, mereka menjadi wali ke atas pernikahan anak gadisnya, menjadi imam dalam jemaahnya, membayar zakat untuk keluarganya…layakkah mereka? Membayar zakat menggunakan wang haram, menjadi imam sedangkan arak masih beranak di dalam perutnya, menjadi wali??? Bacalah syarat-syarat untuk menjadi wali yang sebenarnya…nak tahu serba sedikit mengenai wali, klik di sini. Di mana silapnya?

Allah s.w.t menghadiahkan manusia dengan 1001 kenikmatan dunia. Untuk kita mengkaji mencari kebesaran-Nya. Namun, kita hanya mampu menikmati lalu lupa kepada-Nya. Tuhan turunkan sedikit ujian kemewahan kepada kita, terus lalai dibuatnya. Apabila Tuhan tarik kembali semuanya, terus dunia dikatakan zalim! Tuhan tidak adil! Cuba nilai sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk berterima kasih kepada-Nya…

Jika hendak dicungkil lebih dalam lagi gigi yang berlubang itu, banyak lagi yang ingin dicerita. Pengkid, homoseksual, gay, nyah (auuuu) dan macam-macam lagi. Bercinta bagaikan Adi dengan Ros, umpama belangkas ke mana sahaja. Niat di hati ingin menamatkan zaman teruna. Tiba di hari bersejarah, pengsan dibuatnya apabila tahu rupanya si Hamid yang menjadi Hamidah. (oleh itu, sebelum bercinta, minta IC dahulu sebagai bukti kebenaran jantinanya hehehehe)

Derhaka dalam taat

Adalah satu niat yang mulia di sisi agama untuk mendirikan masjid berumah tangga. Demi menyambung warisan umat Islam di dunia. Tetapi apa ceritanya, jika perkahwinan dijalankan di atas jantina yang sama? Siapa ibu? Siapa ayah? Ops….sebelum itu, mampukah mereka melahirkan zuriat? Mustahil! Di mana silapnya?

Wahai saudaraku sekalian, bangunlah kamu dari tidur yang lena. Sudah tersurat di atas sana siapa kita yang sebenarnya. Janganlah terus terleka sehingga meleleh air liur basinya di dalam tidur itu. Takut-takut dalam tidur itulah kita tidak akan bisa menemui dunia lagi. Tuhan telah cuba mengejutkan kita. Diturunkan pelbagai amaran : tsunami, banjir kilat, ribut taufan, peperangan dan banyak lagi. Namun, sepertimana jam loceng menjerit di subuh hari, manusia hanya mematikannya lalu terus menyepi. Begitulah kita. Memandang enteng terhadap semua amaran tersebut. Amaran bagaimanakah yang mampu mengejutkan kita sebenarnya??? Sedang mereka masih berdengkur dengan lena….

Sabda Rasulullah s.a.w : “celuplah jarimu ke dalam air laut. Air yang menitis dari jarimu adalah nikmat dunia. Baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat syurga”

Maka, pilihlah nikmat mana yang kita kejarkan sebenarnya…
p/s : entri ini bukanlah menunjukkan aku sebagai insan yang paling sempurna. sedangkan aku juga kadangkala turut tersasar dari landasannya. tetapi kadangkala aku terjaga dan membuat aku membuka mata. maka, aku kongsikan bersama sebagai peringatan untuk semua. Insyaallah...
p/p/s : sebenarnya aku seram juga menanti maklumbalas dari pembaca. takut-takut ada yang mempertikai dan tidak dapat menerima. harap-harap tiada yang tersinggung rasa. segala kesilapan, ampun maaf dipinta.

jika kalian ingin maklumat yang lebih lanjut serta penjelasan yang lebih mendalam dari perspektif Islam, sila klik di sini.

19 comments:

fajridil adha said...

awk suka bab2 agama gak yer. alhd bagusla klau mcmtu.. ^_^ sbg anak muda,jgn mudah tpengaruh ngan rakan2 dan persekitaran..tu je pesan sy..

fusarium solani said...

Alhamdulillah, ada faedahnya untuk pembaca blog awak!

Hafizan said...

alhamdulillah...
iliyana,mintak maaf la kalo sy kuarkn sedikit pendapat.rasenye tak perlu lah kite pertikaikan kalo org tu bukak tudung tp masih sembahyang. ye,sy mngaku yg sy ade byk kwn yg free hair tp msh lg sembahyang.tp bkn sbb tu sy menulis pendapat ini. kalo tak silap sy satu ketika dulu pnah kecoh cerita wanita bertudung tetapi berzina. ramai yg berkata "ala..kalo bertudung pun tp berzina ape guna?"
tak perlu kite pertikaikan tindakan die bertudung kerana at least die menjalankn kewajipan die sbg wanita. kalo nk pertikai,pertikaikn je tindakan die yg berzina tu. hukumanbg org berzina ttp sama tak kira die pakai tudung atau tidak. sama la dgn hal yg sy sebut td.tak perlu la kite pertikai tindakan mereka sembahyang sedangkan mereka tidak memakai tudung. sekurang-kurangnye mereka masih lg menjalankan kewajiban menunaikan solat. alhamdulillah masih ade lg iman di hati mereka utk menunaikn solat.. kite pn bkn la perfect sgt,tp sbg manusia kite kene la nasihat antara satu sama lain..mintak maap la kalo pendapat sy nie bercanggah dgn pendapat kebanyakkan pihak.time kasih..

(nice entry iliyana..)

faridmw said...

salam ziarah... selamat hari raya.. seronok baca entry ni... senyum selalu...

e-leeyana said...

fajridil : ni kre utk peringatan dri sy sndri gak sbnrnye...mengkaji utk kebaikan sndri n bersama

e-leeyana said...

fusarium : insyaallah...sikit2 kne gak nasihat n saling mengingati thanks

e-leeyana said...

hafizan : wahhh~ awk da bg sy idea nmpknya...sbnrnya berkali2 sy ulang bce entri sendiri hehe, trase mcm ada sesuatu yg kurang...nmpknya awk da tlg jelaskan apa kekurangan tu...baiklah, sy akan tmbh sket kt entri ni...hehe toche toche....

tpp mmg btol ckp awk...org bertudung n berjubah labuh pn da xblh nk percaya sgt skrg ni kn...isk...tktnye....abs tercemar sume wanita bertudung....sedih sedih

e-leeyana said...

faridmw : selamat datang ya. thanks ats pujian...n senyum selalu gak (^_^)

fajridil adha said...

sy xmo ulas byk kat sini,tp sy nak ckp sket. ppuan yg tak btudung tp mjaga solatnya bmakna ada yg kurang dlm solatnya. mgkin hanya solat tp xmhayati. tak btudung tu tetap juga bdosa. utk lebih lanjut, gi la ke site ni : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=99

e-leeyana said...

hehe...sbnrnye sy pn b'pndpt cmtu...same la mcm klu g haji kn...nape ade yg mabrur (btol ke ejaan ni?) n x...mungkin same la gak dgn kes ni kn...thanks 4 dat link...nti sy g cne tgk2...

geget aku said...

yana ke yg tls ni???

puteri islam said...

dengan segan silu dan malu2 juga aku ingin menaip, maafkan aku kalo ada yg terkurang dngn pendapat .. menutup aurat adalah perkara wajib..bila wajib..tiada dolak dalik..sama wajibnya mcm solat..bole ke dolak dalik? aurat tu ape? kalo xpakai tudung bg pompuan, rambut pompuan tu pun aurat lah..menutup aurat itu wajib..bila wajib dpt pahala..tp bila gagal menutup aurat, melanggar kewajipan..maka pahala ke dosa? dosalah!! yg xtutup aurat tu dia berdosa selama mana auratnya terdedah, yg tutup aurat tu dpt pahalalah..yg mencuri samada tutup aurat ke tidak, itu dosa lain pulak, formula lain pulak..jd kita buat yg wajib dulu, bru kita pk hal sunat, makhrukh, harus dan sebagainya
ok..yg xtutp aurat dia sembahyang..benar fajridil adha kata..dia hayati ke solatnya? makna hayati solat ialah hayati Islam..yakni ikut kata tuannya..tuan kpd kita adalah ALlah..wallahuallam..
jgn dolak dalik psl hukum hakam, hukum itu hak Allah, xbole tawar menawar..Allah bagi hukum..hadiahkan cahaya, udara, pokok dan sebagainya..balasannya? bayarlah bil-bil kepada ALlah..bil2nya amal makruf nahi mungkar..ikut tanpa bantah..psl tutup aurat ni terang2 lg bersuluh dsebut ALlah dlm Quran..sama pentingnya spt haramnya judi, arak, riba dan rasuah..

e-leeyana said...

geget : iye dong...

e-leeyana said...

puteri islam :

terima kasih byk2 ats pndpt awk...itulah, skrg ni ramai yg buat agama sbg ikutan...bak kata teman sy y4ku24 tu, jgn jdkn agama sbg 1 warisan, tp sbg pilihan...zaman skrg ni, bertudung pn bkn ats dasar kewajipan, tp sbb fesyen...lg sedih ble tgk org pg haji tp pulangnya ttp kosong...agknya sbb apa...sy buka n3 ni tok kita sama2 beringat...dunia smkin menggiurkan...harap manusia x terus2an kelekaan...

geget aku said...

fuyooo...hebat2..dlu ayat puitis, skrg ayat straight 2 the point..

Suka Bebel said...

hnnsss...oksigen oksigen.pjg tul bebelan kau nie.aku setuju belaka lah.mari kita saling ingat mengingati.hehe

e-leeyana said...

ehhh tu pn xcukup pnjg lg...nnt ade yg lg pnjg...so, tiltle ske bebel tu nmpknye kne la tka hehe

junaid al-malizi said...

salam, agak t'lmbt baru bace post ni..

sy setuju dgn pndapat bhw golongan2 yg b'fesyen dlm beragama ni sbenarnye x menghayati Islam..atau kata lainnya Islam keturunan..

ade jugak yg amalkan Islam mane yg sesuai dgn diri die je, yg x sesuai ditinggalkan..sdgkn Islam itu perlu diambil secara total (2:208).

p/s: kita jaga solat, solat jaga kita

e-leeyana said...

terima kasih sbb sudi melawat. itu la, skrg ni org ramai yg menganggap bertudung sbg fesyen. sedih la juga kn. harap2 akn berubah...