Thursday, October 16, 2008

CHEMANDEA HARIMAU - versi latihan


Salam ketemu…



Kali ini aku ingin berkongsi bersama sebuah cerita pengalaman aku dalam dunia seni mempertahankan diri, iaitu silat. Sepertimana yang ramai orang sedia tahu, silat ni boleh dibahagikan kepada banyak jenis dan kategorinya. Kalau di IPT, silat yang paling popular adalah Cekak Hanafi. Oleh kerana zaman persilatan aku adalah ketika aku masih dibangku sekolah lagi, Cekak Hanafi adalah larangan bagi kanak-kanak (padahal ketika itu aku di peringkat menengah, kanak-kanak lagi ke? Hehe…well awet muda la katakan). Sebabnya, Cekak Hanafi ni, kami panggil silat ‘killer’. Mana taknya, langkah yang diajar semuanya menuju kearah tempat-tempat yang boleh membawa maut. Atas dasar keselamatan, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mempelajarinya.



Aku mula berkarier dalam dunia seni persilatan ini ketika di tingkatan satu lagi atas ajakan rakan. Nama silat yang aku pelajari itu adalah ‘Chemandea Harimau’, bersesuaian dengan tahun kelahiran aku (aummmmmm…hehe harimau yang baik hati). Masa latihan seperti biasalah, pada waktu pagi dan petang. Untuk peserta pertandingan, ada kelas tambahan (ingat akademik je ke ada kelas tambahan, silat pun ada tau) pada waktu malam.



‘training’ memang la berhempas pulas dibuatnya. Dari segi stamina dan dari segi kesenian wajib bergerak selari. Tulang-tulang mestilah teguh tapi mampu melentur dengan baik (memang susah untuk bab tulang-tulang ni). Sampai sahaja di padang, aku kena berlari sebanyak 20 pusingan padang. Macam biasa la, sepuluh pusingan terawal masih boleh bergelak ketawa. Bila sampai yang sepuluh terakhir tu, pancit masing-masing sampaikan kami terpaksa berjalan-jalan sambil makan angin (tindakan untuk tidak teruskan berlari, sebaliknya berjalan). Namun, jurulatih tidak akan sekali-kali membiarkan kami bersenang-lenang. Apa dibuatnya? Hehe…sedang kami keletihan dengan nafas yang semput itu, tiba-tiba aku terdengar satu suara dari belakang, “siapa tak lari, aku pukul!!!”. Aku pun menoleh kebelakang, macam nak terkeluar biji mata aku bila melihat kepada jurulatih yang sedang meluru ke arah kami dengan sebatang kayu (bersaiz dahan aku agak) dengan lajunya (kira-kira 140 km/j bagi kereta, tukar la sendiri bagi manusia pula hehe). Bagaikan lipas kudung, kami terus lintang-pukang memecut lebih laju daripada jurulatih (kira-kira 160 km/j bagi kereta juga hehe). Sampai je ke garisan penamat, masing-masing terus ke paip sekolah meneguk air. Fuhhhhh~ sedap…



Untuk menyertai pertandingan, aku kena katamkan dulu semua langkah silat. Nak katamkan tu, macam biasa la, kena bergolek-golek, kena terbang-terbang, kena buat ‘break dance’ versi silat dulu dan macam-macam lagi. Sepanjang tempoh itu, tahap kecederaan badan meningkat ke tahap maksimum. Emak aku pun dapat kerja sampingan, iaitu mengurut aku hehe. Urat dan saraf aku pastinya terpusing dek kerana silat.



Tahap paling bahaya adalah apabila menggunakan senjata tajam. Mula-mula aku belajar menggunakan parang pendek (tapi tumpul la, untuk keselamatan). Kami perlu berlatih secara berpasangan untuk berlatih menangkis serangan. Apa lagi, aku pun syok habis bermain-main dengan parang tu. Jurulatih akan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain untuk memerhati. Sampai sahaja dekat aku, dia tergelak. Lepas tu, panggil aku keluar. Nak tahu sebab apa? Haaaa dia pun bersuara, “awak ni pegang parang ke pegang pisau kat dapur?” aduhhh….sungguh la aku tak tahu bagaimana kaedah memegang dengan betul (kerana aku tidak hadir kelas latihan yang sebelumnya). Bagaimana ya ingin aku ceritakan (mencari ilham….). ok, jika pegang pisau, cuba anda buat aksi menembak menggunakan tangan, jika pegang senjata, cuba anda buat aksi penumbuk pula (aplikasikan kepada apa-apa yang seumpama parang atau pisau, hah macam tu la bezanya). Sejak itu, aku talah mengalami satu perubahan drastik di dapur. Iaitu, pisau pun aku pegang macam parang (sampailah sekarang hehe), sebab jurulatih di dapur (emak aku) tak pernah perhatikan cara pengendalian senjata memasak, yang diperhatikan adalah rasa masakan sahaja hehe…



Adakah aku pernah tercedera ketika menggunakan senjata? Mestilah pernah…di tangan kerana aku terlupa langkahnya. Sepatutnya aku menahan menggunakan senjata juga, tapi aku menahan menggunakan lengan tangan. Seperti biasa, dapat cuti untuk malam itu sahaja (kami tidak dimanjakan sama sekali).



p/s : jika anda mempunyai peluang, lihat-lihatlah di mana-mana stadium yang sedang berlangsungnya pertandinga silat dan cuba ikuti dari awal sampailah akhir. Pasti anda akan teruja. Bertanding tetapi akrab denga kemesraan.



klik di sini jika ingin membaca cerita lucu saya ketika pertandingan silat peringkat MSSJ






nanti aku akan ceritakan ketika bertanding pula ya (^_^)

28 comments:

Akak said...

Salam e-leeyana...

hurmm minat ngan silat yea..

e-leeyana said...

errrr hehe..boleh la...minat gak

Aisar said...

(geleng kepala)

Hafizan said...

bdk silat rupenye cik iliyana nie..kalo tersalah gurau abes la hehehe...

fusarium solani said...

Ayah Aliff tak bagi belajar silat. Katanya Aliff panas! hu!hu!

Si Kachak Suparjo said...

wo!










Blajo silambam pon best gak pe.

TokNabe said...

Kira ganaz juga ler ni ye... ganaz tapi baik hati hehe..

Suka Bebel said...

aku dulu blajar gak silat cekak hanapi ni tapi sampai ke sudah tak tukar tali pinggang. silat cekak musang je aku bejaya dpt tali pinggang pink karer.ha ha

Yunus Badawi said...

e-leeyana,
Baguslah pandai silat. Saya silat mmg tak pandai. Kalau wrestling bolehlah. Itupun dgn anak2.

13may said...

waaaa....nanti buleh bukak gelanggang nih :)

warungkampung said...

pengalaman bersilat gayung di sekolah menengah dahulu,antara perkara yang saya suka,berjumpa dengan mana2 wakil silat,akan bersalam secara unik.seperti 'secret handshake'!

e-leeyana said...

aisar...atokkk...nape geleng2??? nnt terteleng...haaa pengumuman2...ni pn salah sorg jurulatih silat gak...

e-leeyana said...

hafizan : ehhh sy msh bersifat kewanitaan hehehe...ada kesinambungan cte ni sbnrnye..nnt sy cte lg hehe

e-leeyana said...

aliff : aiks...nape plak? tkt bersilat dgn emosi ek...sy pn pnh berlatih silat olahraga dgn emosi...smpi tersungkur org tu...pastu kesian n amk pngjrn, klo emosi jgn berlatih yg lwn2...bhaya

e-leeyana said...

si kachak : ayoyo...silambam??? best best, tp jurulatih yg xbest...opssss

e-leeyana said...

toknabe : betol2...ganas tp baik hati wahahaha cmane tu?

e-leeyana said...

suka bebel : pehhhhhhh songsang dah ni

13 may : jgn2...nnt gelanggang tu bertukar jd sarkas hehe

e-leeyana said...

en. YB : hehehe...kre ok la tu...berlatih gak tu...tok keselamatan...jgn d wresling btol2 anak2 tu udah la hehe..mane blh kecik lwn beso...ni da kre kes buli...

e-leeyana said...

en. luqman : ngehehehe...silat sentiasanya unik...join la silat lg..best tau

Aisar said...

erk?!...eh..mna ada..hai cik iliyana nie..

e-leeyana said...

eleh2...malu2 meow la plak...gelis ar

utopia said...

hai salam kenal
minat silat ke..
emm sye ade tempat silat plg bgus tau
iaitu skolah sye
juara 5tahun tau

e-leeyana said...

salam kenal...
minat la gak...tp da lame x bersilat...owh ye ke? sek. mane tu? awk pesilat gak ke?

e-leeyana said...

ermmm...utopia...blh x bg link blog awk?

suara said...

kak su penah gak belajar silat cekak. buah tamat tak sempat tamat, sbb sibuk dgn tesis. huhu...

e-leeyana said...

hehe...xpe...kre pngalaman gak tu...klu ade mse, tgk2 la ptandingannya

warkahraudhah said...

Salam ziarah.
Balik kampung,nak belajar silat pulak nanti.

Anak-anak Palestin berjihad dengan lontaran baru.Kagum benar dengan semangat mereka.
Salam Palestin.

e-leeyana said...

wah...semoga tercapai..ya, teringat mereka yang mempertahankan diri di sana..

salam ziarah kembali