Monday, October 6, 2008

CATATAN DIARI RAYA 2008 (1429H)

mula-mula, dengan ingatan tulus ikhlas, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang membaca. ampun dan maaf dipinta di atas segala salah dan silap ya. mana la tahu, selama ni aku ada terngumpat, terkata, terkasar, tersepak, tercubit, tersekeh, termakan makanan kalian dan mcam-macam lagi la. (gunakan 'aku' dalam entri ni atas permintaan rakan).

setelah menunggu bas di UUM selama hampir tiga jam, akhirnya pada jam 11.30 malam, 24 September 2008 yang lalu, aku selamat berangkat pulang ke kampung. mendaratnya kaki aku di Batu Pahat pada jam 10.30 pagi, 25 September 2008 dijemput oleh bonda tercinta. fuhhh~ terpusing-pusing mencari 'port' untuk menggosok gigi dan mencuci muka. punyalah hebat, dengan kepenatan tu, aku dan bonda terus ke Parit Raja untuk membeli belah stok 'kerepek raya'. dalam keadaan yang lemah longlai tu, terserempak pula dengan kawan lama, Sarah (Irfas) dengan reaksi ala-ala terkejut tengok aku. aku pun terkejut juga tengok dia. nasib baik dia tak perasan aku yang 'bershoping' dengan tak mandi lagi hehe...(selamat hari raya Sarah)...

pada 27 September 2008, aku bertolak ke Kuala Lumpur, berkumpul beramai-ramai dengan saudara-mara terdekat. untuk apa? untuk menghantar makcik (Along) dan pakcik (Abang Safari) aku yang melanjutkan pelajaran, peringkat PhD di London. bertuah sungguh mereka, sama-sama buat PhD di universiti yang sama. tunggu ya kedatangan aku di sana hehe...lagi 2 tahun...berbuka puasa di KLIA beramai-ramai sambil tunggu ketibaan Along dan Abang Safari memang terasa meriahnya. lama la juga kami bersiar-siar di sekitar klia tu (sampai tersesat ngehehe). pada jam 10.30 malam, suasana bertukar hiba. maka, mulalah manik-manik jernih berguguran. aku??? 'maintain' lagi. bukan hiba kerana melepaskan mereka pergi, tetapi hiba kerana bangga. dengan pemergian mereka ke sana, satu tingkat baru cabaran ahli keluarga aku terbina. ini bermakna, makin sukar la pertandingan ini. ahli keluarga aku ni suka bersaing dalam pendidikan. bila seorang capai peringkat Sarjana, pasti ada yang akan sambung Sarjana juga. tapi kali ni, alamak Dr. Falsafah??? hadehhh tinggi betul level yang dibinanya.

1 Oktober 2008, seperti mana yang semua orang sedia maklum, hari itu adalah HARI RAYA!!! setelah masak-masak, melawat kubur dan bermaaf-maafan, seperti biasa la...aktiviti ziarah-menziarahi secara konvoi pun bermula. dari satu rumah ke satu rumah sampaikan naik senak perut aku dibuatnya. di kampung, jangan cakap la sesaknya dengan kepulangan semua saudara-mara. meriah! macam ni aksinya mereka :



hehe....tu baru sikit tu. tapi, oleh kerana mereka ni bangun lambat sangat, maka merekalah yang terpilih di sini ngehehe (baru minta maaf hari tu, sowi). masing-masing pulang membawa kuih raya dan beraneka makanan yang canggih-canggih belaka rupanya. aku??? aku bawa pulang benda istimewa ni :

haha...aku beli tikus mainan. lembik gila teksturnya. aku curi-curi masukkan dalam bakul barang bonda tercinta ketika di kaunter bayaran. balik je rumah, aku main-main dengan tikus ni, bonda pula yang pelik sebab mana aku dapat ngehehe. tapi, tikus ni la yang menang sebab semua orang tertarik nak main juga. habis lunyai tikus aku tu huwaaa....

ada mainan kedua lagi tau. tapi yang ni tak boleh la nak dilunyaikan sebab anak orang. comel dan pintar budaknya. aku ajar dia buat 'peace' tak berjaya lagi. maklumlah, baru setahun budaknya. ni ha insan yang dimaksudkan :





nama dia yang sebenarnya Aqilla, tapi aku panggil dia Himawari hehe. impaknya, semua orang ikut panggil dia Himawari. di sini, aku selitkan beberapa gambar kenang-kenangan aku ketika berada di kampung. orang lain dah jalan dah nak beraya, mereka ni la yang jadi tahanan aku untuk bergambar sekejap :




setelah 3 hari beraya bersama keluarga, telefon aku yang tidak seberapa canggih itu pun mula bising berbunyi. rakan-rakan mula mencari. pada hari raya ke-3 tersebut, seawal 7.30 pagi, aku ke restoran Taif yang popular dengan roti canainya untuk berkumpul bersama. bukannya apa, sebab ada antara rakan aku yang akan belayar ke Sendai, Jepun pada hari itu. demi persahabatan, awal pagi kami berkumpul. aku sangkakan sekejap sahaja, tapi seperti biasa, bila dah berjumpa tu, kalau tidak mencecah 3 jam tidak sah rasanya. nak tengok orangnya, ini dia :



tu ha orangnya...yang kanan sekali. alahai, buat muka mengada-ngada la pula dia ni. okeh...pada hari raya ke-4, aku pun mula la merayau ke rumah rakan-rakan. macam-macam kerenah kalau berjumpa dengan mereka ni. tapi, perjumpaan tahun ni, tak semeriah tahun lepas. sebabnya masa yang terlalu singkat, ada yang tidak pulang (Ai di Egypt : kalau tak ada, memang kurang rasanya) dan ada juga yang sudah pulang ke kampus. makanya, alhi forum tahun ini tidak penuh. baiklah, selitan beberapa kenangan kami bersama lagi :

pada hari raya ke-5, aduh....sedih nak cakap. sebab aku bertolak pulang ke Kedah. maka, bermulalah kembali kerjaya aku sebagai pelajar. bakal tidur dengan timbunan buku kerana peperiksaan akhir yang bakal berkunjung tiba.

p/s : sowi la kawan-kawan. video tu aku tak sampai hati nak letak di sini. tuan empunya badan tak izinkan ngehehe. dia cakap 'MALU'.....lagipun, macam zalim pula kalau aku buat macam tu hehe...

25 comments:

SangPelangi said...

Apa nama parit kampung kau di Batu Pahat? Tempat aku Kg. Sungai Tongkang di Rengit. Nak kerepek tak payah jauh-jauh, di sini pun ada kilang juga.

Irfas Sarah tu, aku kenal sangat. Yang gila-gila perangainya. Betul tak? IrFaS hARasRuN ke ape tah namanya. Best fren aku masa skolah2 dulu. Hihi..

Aku menunggu entri bertajuk "Apabila Syaitan Tak Dirantai". Menarik entri itu. Kau delete dalam diam,ya.

e-leeyana said...

ha'ah...lorh knl ke? die satu dip dlu kat poli...n urusetia kem same2...mmg gle pon minah tu...nk thu x, name kem die kn 'ODAH' pasni ko blh pngil die 'odah' msti die plik cmane ko blh thu...ngeheh...

owh...rengit, kg cekgu aku...dlu ktorg ramai2 rewang kt cne mse die kawin....aku skrg kt sgmt...kg sdare yg kat batu pahat tu, sri medan...sbb cian kat diorg, raye kt cne tok 1st day...

castello topeq said...

peh peh peh...mane aku???! kenapa xde??? owh tidakkkkk!!!!!

woi, yg ko bli tikus tu tok ape? bkn blh mkn pn....

skywarrior said...

ala...aku bkn senyap k...bz sket je. selamat ari raya la kt korg sumer....aiks...kt cni pn ade pict minah terlepas dr tanjung ke? songkok sape g ko copet tu? jgn x pulang balek dah la!

miss un said...

fuyohh...awk ni pelik2 la. ade ke ptt bwk tikus blek raye.

fajridil adha said...

selamat hari raya ^_^
nape x pasang chatbox kat blog awk??
nnt jgn lupa link blog sy kat blog awk ni yer..sy dah link blog awk ni..

aiena sulaiman said...

thanks too my friend e-leeyana,,,
sayang ko lebih,,,,
walaupun aku tak tau macam mana rupe video tu,,,
tapi thanks a lot,,,,
hehehhehe,,,, serik siot cam ni nak jumpe korang lagi,,, heheheeh

Anonymous said...

raya..hehehe....mmg banyak hendak dikongsikan..tiap2 tahun ade je perbezaan yang menarik..yang confirm xmnraik kalo ujan..xg mane2 daa..

me in raya? tahun ni amat bertuah dan seronok..possibly the best raya in my 20's years old..sembahyang berimamkan pemimpin agung yg serba sederhana..mendengar suara tua yg tenang mengalunkan bacaan ayat-ayat quran dalam sembahyang sunat raya dan mendengar khutbah darinya yang memiliki aura suara yang disegani lawan dan digeruni lawan..amat sayu mengingatkan betapa kecilnya diri aku disisi Allah melalui nasihatnya..tidak jemu mendengarnya...semoga beliau dipanjangkan umur oleh Allah dan terus gagah memimpin umat Islam serta terus memberikan ucapan/ceramah yg menggegarkan bumi Allah..the best raya in my life..

e-leeyana said...

okeh...satu per satu...

topeq : nape ko xde??? da mmg ko xde mse tu, cmane nk ade...apo da...

skywarrior : aku ker yg t'lpas dr tanjung tuh??? aku kn over epi go lucky...songkok pakcik aku...b'rebut2 dgn dir tok amk pict...tp dpt gak ngehehe...

p/s : dah pulangkan okeh...copet songkok watpe...bkn aku blh pakai pn...

e-leeyana said...

okeh...sambungan...kne wat sket2...tkt taip beria2 skali connection failed...

miss un : pelik tapi benar...hohoho

fajridil : chatbox??? ade ke yg nk chat kt cni??? pengunjung pn xramai sgt...tgk la klu dpt ilham nk ltk ngehehe...

selamat ari raya...nti sy link kn ye...salam ukhwah

aiena : ngehehe...rupanya??? mmg lawak...pandai gak c roslee 2 shoot...ngam2 blh d jadikan drama bersiri hohoho...nk tgk ke? bg email, nti aku anta...

e-leeyana said...

special tok anonymous :

walaupun x dkenali, trime kasih byk2 sbb sudi berkongsi cerita d cni...ujan??? mmg pemutus suasana yg ria...tp apa kan daya, kita cuma manusia biasa...DIA yg lebih tahu ats segala2nya...

dpt bayangkan cerita tu...pasti sayu dan gwa serta merta terasa tenang kn...tiada yg lebih menenangkan dr mendengar alunan ayat2 suci al-Quran...bagaikan dpt 1 mukjizat...mudah2an insan yg dmaksudkn tu masih dpt terus mencurahkan bakti...terus menyedarkan insan2 yg masih terleka...

p/s : selalu lah jenguk ke sini...kalau blh dgn identiti baru pula lps ni ya...terima kasih sekali lagi...

aiena sulaiman said...

beb,, sejak bile hang tak tau email den ek????

lemonice910@yahoo.com

e-leeyana said...

halamaks aiena da marah...xde la aku da tutup email lame...so byk email adress dlm tu ilang....ngehehe....okeh2 aku add dlm adress book email aku ekh...

selamat ari raye (^_^)

Farid said...

gambar aku xde pon...rugilah ko x letak pic owg hensem ni...

e-leeyana said...

hadehhh...ramai sgt la plak yg tanye mane muke korg....
nk aku jelaskn ke???
dah korang xde mse tu....ke sbb muke korang xde comercial value??? kuang3...haha...
farid, tok ko ade pakej...pict n video skali...amacam??? nk x? keke...

izman said...

raya sakan yer....

warungkampung said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Kenapa suka posing pistol dalam gamba? Ajar Aqilla peace (aman), dia suka buat pistol pulak (perang), isk isk isk.

Oo, rakan anda berlayar ke Sendai? Tempat saya lah tuh. Dia kerja Kapal Natural Gas ek? Sapa nama dia?

Aritu ada buat pertemuan dengan staff anak kapal dari Msia, memang bes. Siap lepas tu pesan2 barang lagi! Kalo dapat kenal dia, boleh jadikan mangsa untuk dikirim barang. Heh heh.

Ha, dah nak exam tu, jgn dikenang2 sangat lemang dan rendang, karang takleh study. All the best!

e-leeyana said...

en. Izman : mane ade sakannye...gambar je nampak gempak...hehe

e-leeyana said...

to en. Luqman:

salam aidilfitri kembali...

ha'ah...owh, kapal yg ke sendai mmg kapal gas ker??? name dia abdul rahman bin yaakob...baru je berlayar raya ke-4 hari tu...

alamaks...xperasan la plak byk pistol rupenye...aisehh....sbnrnye saya bkn fotogenik orgnye...so, ala2 gabra sket ble nmpk kamera kekeke

ha'ah la....xam last paper + last day ari xam UUM...penutup pintu nmpknye sem ni....lemang da xde, ketupat pn da xde, yg ade kije masih melambak2 lg...hadehhhh....stadi2...hupppp

suara said...

Salam lebaran e-leeyana...
kak su teringat zaman belum kawin dulu (zaman belajar le tu). Mmg raya sakan. Ziarah dan jumpa kekawan lama. Best sgt.

Bila dah kawin ni, banyak tanggungjawab, terutama tanggungjawab membantu mertua siapkan makanan dan layan tetamu. Dah lama tak beraya rumah teman2. Bila luang masa sikit, mrk pulak yg tak de kat rumah sbb beraya rumah keluarga mertua... sudahnya walaupun sekampung, susah benar nak jumpa... huhu...

Nasihat kak su... rayalah sakan masa belajar (bujang) ni... dah keje dan kawin nanti, mesti langkah dah terbatas...

e-leeyana said...

salam lebaran kak su...

wahhhh~ ye ke??? ini mcm kne kawin lmbt la keke...n blaja lg pasni...slagi blaja blh dpt wet raye ;p

biase la...perubahan era dlm krhidupan...baru ada mcm2 perasa...tp mcm kata y4ku24, ble jarang jumpa skali jumpa, fuhhh blh gegar dunia dibuatnya...

fusarium solani said...

Nasihat Aliff sama macam nasihat Kak Su, masa bujanglah nak beraya sakan. Sebab dah kawin nanti banyak tanggungjawab. Satu lagi, zaman belajarlah paling seronok berkumpul kongsi cerita raya, bila dah kerja dah kenal orang lain jauh pula langkahnya...

e-leeyana said...

btol gak ckp aliff...sbb ble raya, xnmpk pn pakcik n makcik sy beraya dgn kwn2...agk2nye sbb apa ya...hummm pelik2

::azi3:: said...

asl pic ak seyum lbih ek????hehehhehe..tp knp ko xnk ltk vidoe 2....aina xtgk g ker????hmmmm...ala klu nk tgk mtk je la kt yana....

e-leeyana said...

haha...ko mmg ske syum2 kambing pe...xnk la wei, takot aina merajuk..nti sape nk pujuk??? aina da tgk da...aku e-mailkn kekekeke