Thursday, March 12, 2009

BERMAIN DENGAN BAHASA


Salam semua..pertamanya, saya nak menghulur jari yang tak berapa nak runcing ni untuk memohon ampun dan maaf di atas ketidaksempatan mengemaskini Lukisan Alam dan tidak dapat mencuri masa menjenguk blog kalian (errr...ada kalian kisah ke? hehe..). Oleh itu, saya mengambil langkah untuk mengeluarkan kembali entri zaman dahulu kala Lukisan Alam agar dapat dikongsi bersama sekali lagi. Harap-harap tidak berhabuk mahupun bersawang. Kalau ada, tolong sapukan ya..
Ayuh baca..


Apa yang ingin saya perkatakan adalah mengenai gaya sebutan kita. Satu isu yang tipis sahaja dan saya pun bukanlah berasal daripada aliran sastera untuk mengupasnya dengan lebih lanjut. Sekadar ingin berkongsi rasa.


Saya mempunyai seorang saudara (berpangkat makcik tetapi muda lagi) yang menuntut di Universiti Trisakti, Indonesia, Dr. Farah. Kepulangannya ke tanah air satu ketika dahulu telah membicarakan mengenai ketepatan penyebutan huruf. Saya andaikan ini hanyalah sekadar perkongsian bukan untuk dibahaskan.


Pernahkah anda mendengar bagaimana warga Indonesia membaca ABC sehingga Z? Bagi yang pernah, pastinya mendapati cara penyebutannya berbeza. Saya tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk saya menyampaikan kepada kalian, tetapi aku cuba juga. Diharapkan ejaan ini persis dengan sebutan asal. Mereka membaca ABC dengan sebutan begini :


Aa be’ ce’ de’ ea’ f gay ha e j ka l m n o pe’ qi er es te’ uu fe’ we’ x ye’ zet


Mulanya, saya pun berasa hairan. Tetapi, setelah dijelaskan oleh makcik saya itu, sebutan ini membuatkan saya terasa seperti lebih tepat daripada apa yang kita sebutkan selama ini. Contohnya, cuba kita eja perkataan ‘AYAM’. Kita tidak menyebutnya sebagai ‘A.YAM’ tetapi kita menyebutnya sebagai ‘Aa.YAM’. Contoh lain, mungkin anda boleh cuba mempraktikkannya sendiri (maaf, takut terlalu berjela entri ini).


Sebenarnya, semua ini adalah berpandukan penyebutan setiap negara. Berbeza pula gaya sebutannya bagi negara-negara yang mempunyai bahasanya yang tersendiri. Saya mempunyai seorang teman dari Somalia, Abdul Fatah. Ketika kami berbincang untuk menyelesaikan tugasan, dia meminta saya untuk membuka satu laman web. Namun, penyebutannya membuatkan saya minta dia mengulanginya sebanyak tiga kali. Dia menyebut ‘EMESEN’. Membuatkan saya terpinga-pinga. Kemudian dia menyebutnya dengan kadar perlahan, iaitu ‘Em Es En’. Barulah saya faham rupanya apa yang dimaksudkan adalah ‘MSN’.


Lain pula penyebutan perkataan bagi warganegara China. Mereka amat sukar untuk menyebut huruf ‘R’. Ini membuatkan sedikit kesukaran untuk kami berkomunikasi. Contohnya apabila mereka menebut ‘ARE’. Apa yang terkeluar dan terdengar adalah ‘ARLE’. Itu belum lagi perkataan lain yang lebih kompleks.


Memandangkan kedudukan UUM ini begitu bersempadan dengan Thailand, banyak juga bahasa mereka yang saya pelajari. Tetapi, apa yang ingin aku perkatakan adalah bagaimana mereka menyebut sesuatu perkataan. Mereka tidak dapat menyebut perkataan secara terus. Sebaliknya membahagikannya. Contohnya, ‘GIANT’. Mereka menyebut ‘GI-ANT’. Contoh lain, perkataan ‘FASIO’. Mereka menyebut ‘FA-SI-O’. Jadi, jika anda ingin ke Thailand, mereka agak hairan seolah-olah tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan, anda perlu menyebutnya mengikut suku kata.


Bagaimana pula dengan negara-negara lain?


Sedikit sebanyak cabaran untuk berkomunikasi di peringkat global nampaknya. Ini barulah permulaan bagi saya yang masih menuntut, agaknya bagaimana pula di alam realiti nanti. Namun, apa sekalipun cara penyebutan dan perkataannya, yang pasti adalah ia membawa kepada maksud yang sama.
p/s : jika mahu membaca siri Bermain Dengan Bahasa yang lain, sila klik di sini (tapi, maaf, saya tak sempat nak editnya)

23 comments:

etomyam said...

menarik...cuma kawan sedih dengan senario sekarang, tanpa kawan sedari bahasa kita semakin ditinggal, penggunaan n penguasaan yg semakin lemah oleh bangsa sendiri, atas pengalaman sendiri, tak faham kawan bila baca deraf memo pegawai yang baru grad....tergelak besar kawan, semua nak main shorcut je....terpengaruh dengan sms kot...he heh

e-leeyana said...

owh..yang itu memang dah jadi adat orang sekarang. sampaikan, kadang-kadang ada yang menggunakan tringkas dalam menjawab soalan peperiksaan. yang itu lagi parah. sepatutnya, dapatlah membezakan penggunaan yang bersesuaian mengikut situasi kan...

musz said...

yana. boleh la ko ajar aku berbahasa bahasi ni pasni ekh.

yatie said...

weiii stadi elok2..nk final xam kn..gud luck..

bahasa????

e-leeyana said...

musz : insyaallah la ekh...nti aku ajar berpantun wakakaka

e-leeyana said...

yatie : trimas trimas...hehe...insyaallah nk skor ats 3.5 lg...try try n try...

nape dgn bahasa????

faridmw said...

salam... saya setuju sangat dgn kempen tu... tpi kadang2 ada sebahagian yang tak ambil berat tntang bahasa.. kadang2 terfikir juga klau seseorang yang berada lama dirantauan.. mesti dia terikut2 dgn bahasa luar.. mcm mna dia nak elokkan bahasa dia kembali... hehehehe.. (sedang berfikir ni..)

warungkampung said...

Very nice article! Di Jepun juga hadapi masalah menyebut L dengan betul. Ia akan bercampur aduk dengan sebutan R. Tetapi di sini ada satu sebutan yang mereka akan perhatikan foreigners cakap, samaada 'lulus' atau tidak, iaitu huruf 'tsu'. Nak terang guna tulisan memang susah, cukup sekadar memberitahu yang foreigners teramai di sini, iaitu org korea n org cina sukar menyebutnya, so walaupun kulit sama2 putih, senang 'kantoi' yg mereka bukan org tempatan!

e-leeyana said...

faridmw : itulah. sbnrnya perasaan cintakan terhadap bhs sendiri tu terlalu tipis. sehinggakan terlalu mudah utk terpengaruh. seolah2 bhs sendiri tu, tiada nilainya. (owhh~ sy pn sdg berfikir juga ;p)

e-leeyana said...

warungkampung : hehehe...itu la, kdg2 lidah pn nk kne trainning gak kn. sy msh ingat lg mse dlm kls bhs inggeris dlu. nk kne bunyikan 's' dgn betul, dpaksa meletakkan sehelai kertas d dpn mulut kemudian sebut. kalau kertas tu x bergerak, mksdnya sebutan kte slh. mungkin mrk kne latih utk sebut huruf 'r' terlebih dahulu pula hehe...

p/s : tp org malaysia pn ramai gak yg pelat 'r' kn. golongan ni digelar sbg 'lidah pendek'. opsss...

Suka Bebel said...

penin aku baca tulisan kau ni.bahasa jerman ke?hehee

e-leeyana said...

haiks...mane plak dtgnye bhs jermen..yg ade cume ind. chn. thi. som. je...aiseh...en.bebel ni da t'slh ni wekekeke...

arsaili said...

salam..selamat berjaya kpd semua yg ambik exam

e-leeyana said...

tinkiu tinkiu....haiks...ni kes sesat ke nih...xpe2...thanks ye wish...doakan...huhu takottt

faridmw said...

salam.. bahas menunjukkan bangsakan? bangga la dgn bahasa sendiri,,,

Wardatul Shaukah said...

salam kak yana.

haha. saya yang tiba2 datang ke indonesia lagi lah. pelik gila. memang lain sebutan huruf mereka. sangat ebrbeza. kata mereka, sebutan ini hanya ada di indonesia. sebutan hurup yang kita (orang Malaysia) sebut seperti orang British (kata mereka).

dan sebutan mereka memang sangatlah baku. aduhai. istilah enzim dan saintifik semua menjadi baku. beza dengan kita yang memang sudah terbiasa sebutan ala-ala British. hurm..

pernah masa dalam lab, mereka kata "pe ha". kami yang student malaysia tanya, "pe ha" tu apa? laaa.. rupanya pH. adeh -_-"

p/s: skrg dah biasa dah. saya dah hafal dah sebutan A-Z dalam indonesia. hehe :p

yEm ^^ said...

cerita pasal sebutan perkataan @ huruf yang berbeza antara negara, teringat pada cerita tentang pensyarah saya yang berasal daripada Indonesia...
kalau di sini, setiap kali dapat keputusan exam, kena jumpe Mentor (pensyarah) dan berdiskusi..pelajar ni pon, jumpe lah mentor dia yang drpd Indonesia tu dan bgtau result dia.. kalau tak silap saya, dia dapat semua A.. tetiba dia kena marah ngan pensyarah sy ni.. kena bebel mcm2.. jgn malas la etc.. pelajar ni pelik la.. knape dapat semua A pon kena marah.. konfius!!
pastu sebab tak puas hati kena marah, dia tunjuk result dia kat pensyarah tu.. merah muka dia.. rupanya semua A.. pensyarah sy ingtkan dia dapat semua E.. sebab cara sebutan A oleh org Malaysia seperti E(enak)kalau di Indonesia... aduh.. masalah juga yer...

SangMentari said...

Di Mesir pula, rakyatnya amatlah liat menyebut huruf P. Semua sebutan P akan disebut B... haha.. bayangkan pilot sahaja disebut bilot.. aduh..rosak bahasa

izman said...

bermain dengan bahasa ok, jangan permainkan bahasa.

iliana said...

--> faridmw

lama sekali tak ketemu. tahu-tahu dah nak keluar dari syria..ya, bahasa itu terlalu indah..

--> wardatul shaukah

salam dik

saudara saya turut mengalami perkara yang sama.di sana perlu mengambil kursus bahasa Indonesia kan. katanya agak susah..ohh~ belajar bahasa asing itu bukanlah satu perkara yang mudah hehe..

--> yEm^^

hehe..tergelak kecil saya membaca komentar kamu. alahai~ si mentor itu pun tak sensitif pada bahasa juga rupanya..

--> sang mentari

ye ke? baru saya tahu ada yang pelat huruf p..saya tak pernah lagi berkomunikasi dengan pelajar mesir di sini. nak test la nanti hehe ;p

--> izman

haduhh..harap tak tersalah ertinya ;p

kuIna Jentayutiara said...

bahasa jiwa bangsa...

nice info dear

bahasa sebutan nie susah nak diterjemakan dlm tulisan rumi tp klu tulisan jawi sebutan tu akn jd tepat.

FarhanaLicious said...

erk. lidah saya pun dah terbelit belit baca entri kali ni. apa pun, bagus!

iliana said...

--> kuina

bahasa itu memang pelbagai..cumanya, yang indah itu juga masih selalu diperkotak-katikkan..sedih~

--> farhanalicious

hehehe..tebelit-belit??? .:shock:.