Wednesday, September 10, 2008

SETIANYA SI PENGUIN


selamat bersua kembali...dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai keindahan, keistimewaan dan kebahagiaan hidup penguin. saya andaikan bahawa setiap orang di seantero dunia mampu mengenalpasti yang manakah makhluk ciptaan Yang Maha Esa merupakan seekor penguin. kalau tak kenal, inilah dia makhluk tersebut.

sedikit fakta mengenai penguin...


penguin merupakan haiwan akuatik dan spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. tinggi penguin adalah 4kaki (1,2m). penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40kg. setiap ekor penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut. penguin sangat popular di seluruh dunia sehinggakan banyak perusahaan menggunakan nama PENGUIN sebagai jenamanya. hmmmm....kenapa ya??? mungkin kerana penguin merupakan salah satu haiwan yang sangat istimewa jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan yang lain.


inilah keistimewaan penguin...


seandainya manusia (makhluk spesis homo sapiens) melakukan sesuatu perkara di luar tabii, masyarakat pasti akan berkata, "perangai macam binatang!" sebab apa? sebab orang telah meletakkan persepsi bahawa binatang ini adalah sejenis spesis yang buas - iaitu tidak mempunyai akal fikiran. samalah dengan manusia seandainya tidak menggunakan akal untuk membuat pertimbangan, tahap sama dengan haiwan.
tapi, spesis penguin ini lain pula ceritanya. mereka setia dalam perhubungan. penguin tidak seperti haiwan lain - si jantan akan meninggalkan si betina setelah mengawan yang kemudiannya hanya si betina akan menjaga anaknya. penguin jantan sangat setia terhadap pasangannya. si jantan tidak akan mencari pasangan yang lain malahan akan setia kepada si betina untuk selamanya.


apabila si betina bertelur, si jantan akan menjaga (mengeramkan) telur tersebut selama berbulan-bulan lamannya. manakala si betina akan menyelam ke dasar lautan untuk mencari makanan (ikan) yang juga berbulan lamanya. dalam tempoh itu, si jantan sangat bersabar kerana dia tidak akan bergerak bagi memastikan keselamatan telur tersebut sehinggalah menetas tanpa menjamah seekor ikan pun (macam berpuasa yang berbulan lamanya). kebiasaannya, si betina akan pulang membawa makanan setelah si anak menetas.


jika dilihat, bukankah penguin ini semuanya sama, sehinggakan kita tidak mampu mengecamnya. bagaimana si jantan dan si betina tahu itulah pasangannya??? sebenarnya, mereka mempunyai bunyi yang unik. apabila si betina mendarat, dia akan mengeluarkan bunyi untuk menjejaki si jantan. dan si jantan juga akan mengeluarkan bunyi bagi memaklumkan tempat dia berada. setelah itu, kebiasaannya penguin akan beralih ke tempat lain kerana pertukaran musim.

bahagia kan mereka...sedangkan manusia pun tidak mampu melakukan kesetiaan sedemikian. lihat sahaja bagaimana si jantan mampu berkorban dan bersabar demi keluarganya. bukankah itu kualiti yang si dara tagihkan daripada si teruna? hmmm....


kesedihan si penguin...


bak kata pepatah melayu...'disangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari'. samalah dengan kisah si penguin ini. banyak juga penguin yang tidak berjaya menemukan pasangannya. kadangkala si jantan puas menanti, si betina tetap tidak kembali. apa yang terjadi??? pernah tak anda tengok bagaimana penguin mendarat? penguin akan memecut dari dasar laut dan terus melompat keluar di permukaan air terus mendarat dengan menggunakan perutnya (ala-ala macam meriam buluh la). dari dalam air, penguin tidak akan tahu apa ang ada di darat tersebut. jika nasib mereka baik, mereka akan mendarat dengan selamat. jika nasib mereka malang, mereka akan mendarat di dalam mulut singa laut yang menganga dengan luasnya menanti si mangsa.


saya pernah lihat di kaca tv bagaimana si betina berusaha melepaskan diri dari mulut si mangsa dan akhirnya dia berjaya. dengan badan yang berlumuran darah, si betina mencari pasangannya. namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila pasangan tersebut bertemu, si jantan menunjukkan anaknya yang keras seperti ais - telah mati kesejukan. kasihnya si jantan, dia tidak pernah meninggalkan anak tersebut walaupun dia tahu si anak telah mati. dia tetap meletakkan si anak di bawah perutnya dan mengesot untuk berjalan. kebiasaannya, apabila si betina mendarat, si anak akan dijaga oleh si betina manakala si jantan pula akan memburu di dasar lautan. namun, apa yang terjadi kepada pasangan ini, si jantan tidak mahu menyerahkan si anak yang telah tidak bernyawa itu tadi walaupun puas si betina memujuknya.


sayu hati saya melihat betapa si jantan itu sayang kepada si anak. bagaimana pula jika si betina tersebut terus dibaham oleh singa laut tersebut? mengikut kajian, jika situasi ini berlaku, si jantan akan mati juga. kenapa??? kerana si jantan tidak dapat bekalan makanan disebabkan dia tidak akan meninggalkan si anak sendirian. anda lihatlah sendiri bagaimana kasihnya si penguin.
jadi, lepas ni...kita semua patut buat macam ni pada penguin kan....(tengok bawah)
















15 comments:

halim din said...

hye...thanks melawat blog sy...ske penguin gak ye...unik kn penguin ni...selamat berpuasa

y4ku24 said...

Artikel yang menarik. Mengambil iktibar baik dari alam binatang untuk dipraktikkan di dalam kehidupan. Saudari kumpul fakta-fakta berkenaan penguin ini, lebih kepada mencari di dalam internet,membaca buku atau melihat dokumentari?
Ada satu dokumentari, iaitu 'March of the Penguins' yang menceritakan tentang kisah hidup penguin. Tapi mungkin juga fakta artikel saudari ini diambil dari situ, sebab saya sendiri belum pernah melihatnya.
Mungkin elok juga jika saudari boleh sertakan source maklumat, kerana maklumlah, di dalam internet terlalu banyak informasi yang tidak diketahui asal usulnya. Sekadar cadangan.
Anyway, selamat berpuasa. (Malu kita kalau tak puasa, penguin pun boleh puasa berbulan-bulan, kita separuh hari saja!)

e-leeyana said...

thanks....sy pnah tgk dokumentari penguin tu kt national geography channel...terima kasih ats saranan awk...insyallah akn diperbaiki...sbb ni pn msh ckt huru hara blog nyer....
thanks so much...

umaq_eiman said...

hehehe tapi penguin tetap penguin.

e-leeyana said...

penguin mmg penguin tp keistimewaan penguin tu sendiri sgt unik

y4ku24 said...

Hihi..saya ni pun masih penulis blog amatur. Baru berkecimpung je pun. Tetapi entri awal saya (Cahaya dan konsep 'melihat' Part 1) tidak disebut source, jadi terasa tak berapa bes. At least kita nak diorang tahu yang kita ni bukan pakai reka je. Tak nampak huru hara pun, ok je.:)
Btw, saranan yang bagus di dalam entri: tabik hormat ka penguin!!

e-leeyana said...

huru hara la ni...nk upgrade cmane...kdg2 tkt post entri yg xspttnye...so, komen2 membina amt dperlukan...
hehehehe ada gaya x penguin tu...
tinkiu tinki tinkiu x 356kali

y4ku24 said...

Tak silap saya, dalam Bahasa Malaysia ada nama khas untuk penguin. Tapi sebab kita selalu guna perkataan English, maka hilang perkataan tersebut. Samalah macam perkataan `radio` atau `basikal`,dengar cerita dari orang-orang tua, dulu memang ada perkataan khas BM untuk objek itu. Cuma saya pun dah lupa da..adeh..

p.s.: Jangan marah ye pasal entri saya tu..hihi. Pergi marah doktor-doktor yang buat buku teks anatomi. :)

tipah vogue said...

lorrr penguin yg jd topik ke?
tp best gak cte awk ni. lpas ni nk tgk la kt tv ttg penguin......
ermmm ko nangis ke mase tu??? hik hik hik kantoi sehh

e-leeyana said...

hummm...nagis la gak tp kaver2 sket hik hik hik....mane x nye...nga seronok2 tgk kebahagiaan penguin, tbe2 die bg aksi sdh plak...perhhhh....maunya xmerah mata tgk....

Anonymous said...

walawehh...penguin penguin...

Anonymous said...

sape nk thu rahsia yana??? hahahaha bkn rahsia apa pn...die ni asl bnda bkaitan dgn binatang msti cair pnye. kucing tp jalan pn dia nk peluk, ble kne tegur kucing tu kotor, mula la dia sedih. aku dnga dia ckp apa, "aku tgk bersih je kucing tu" hahahahaha...sowi yana...ni kre klu tok ko teka sape aku la ni...

e-leeyana said...

hampeh punye kwn...aku kn pechenta alam...x gtu???

Hafizan said...

sy amat tersentuh bace cerita penguin nie.tak sangka ek penguin sgt setia pd pasangan dan anaknye..sian penguin tu..

p/s: kan bagus kalo manusia setia mcm tu..

e-leeyana said...

hehehe sbb tu sy jd kn entri ni...sbbnya, manusia skrg ni ramai yg da lupa dri...alangkan haiwan pn blh saling menyayangi, kenapakan tidak manusia...