Tuesday, September 9, 2008

SATU LANGKAH YANG KECIL DIHARAP MENJADI BESAR

sebelum mulanya bicara, nak minta maaf dulu sebab blog ni dah berubah. di atas sebab-sebab tertentu yang bercirikan masalah teknikal, terpaksa dirombak kembali semuanya. ada yang bertanya, mengapa saya menulis blog? ada juga yang bertanya tentang zaman kecil saya. macam-macam pertanyaan yang saya terima. oleh itu, saya rangkumkan segala jawapan terhadap beberapa soalan tersebut di dalam entri kali ini.
mulanya kehidupan saya...
tarikh lahir nak tahu ke? hmm..takpe la, sy cerita serba ringkas. pada waktu subuh, tepat jam 6.20 pagi, 1 Julai 1986 di sebuah perkampungan Chaah, Segamat, Johor saya dilahirkan. merupakan anak ke-3 daripada 3 orang adik-beradik, iaitu Syahirah dan Ahmad Humaizi. saya?? nama saya Iliana hehe..ibu bernama Netty binti Abdullah, seorang berketurunan cina (baba nyonya, Melaka) dan ayah Md Amin Md Johan. menerima pendidikan sehingga SPM di Chaah kemudian Diploma di PMM dan kini berada di UUM. sangat suka bergiat dalam pelbagai bidang, rekod paling aktif ketika di peringkat menengah. segala jawatan saya pegang, segala pertandingan saya masuk dan segala aktiviti saya turut serta. sangat minat dalam aktiviti kesukanan, olahraga, silat, softball, petanque, balapan, aerobik dan macam-macam la. merupakan pelajar aliran sains tulen, tetapi banyak menyertai pertandingan sastera : pidato, debat, pantun, mengarang dan pencapaian termanis saya adalah puisi sains peringkat negeri saya terpilih untuk ke peringkat kebangsaan. saya gemar bermain dengan bahasa, tapi, sekarang ni susah sikit la sebab dah lama tak menulis sebuah karangan sekalipun. karya terpahat di hati saya antaranya cerpen Snoi Prak, puisi Keluhan Suara dan novel Masuk ke Dalam Cahaya. Sebabnya, bagi saya karya-karya tersebut terlalu unik dan memerlukan penumpuan yang rapi untuk dimengerti.
sekarang, saya sudahpun tukar aliran dari sains tulen ke bidang perniagaan. menjalani kehidupan sebagai mahasiswi sememangnya dipenuhi cabaran. namun, pendidikan berdiri di atas kaki sendiri yang diserap sejak kecil oleh ibu saya, saya rasa lebih kuat untuk terus melangkah. insyaalah...
bermulanya penulisan di blog...
mulanya, hanya secara tidak sengaja saya mencipta blog saya sendiri. dan ianya pernah terbiar untuk sekian lamanya sehinggakan ada yang bertanya, "kenapa tak tulis blog lagi?" menurut hemat saya, "alang-alang dah ada ruang untuk menyalurkan idea, mengapa harus dibazirkan begitu sahaja". maka, saya mula menyambung untuk menulis di blog dan kali ini lebih giat lagi. satu impak yang saya terima melalui blog adalah banyak ilmu baru yang saya terima. satu ruang yang sangat hebat untuk berdiskusi antara teman dan secara tidak langsung mendesak saya untuk berfikir dengan lebih kritikal lagi. tedapat banyak isu di sini, semasa, politik, agama, kemanusiaan dan segala macam lagi untuk kita kongsikan.
namun, masih ramai yang menyalahgunakan blog untuk menyalurkan perkara yang sumbang. dahulu, saya sering marah dengan orang yang menulis blog sebab acap kali saya ingin mencari maklumat di internet dan telah memasuki blog mereka yang entah apa-apa topiknya. terbazir begitu sahaja masa saya. kini, saya bertanggapan bertentangan pula. saya dapat merasakan melalui blog, saya lebih berilmu dari sebelumnya. mungkin ini balasan untuk saya juga. sebab, Allah s.w.t itu pernah berfirman, yang maksudnya hampir seperti bunyinya, " janganlah kita membenci sesuatu melebihi hadnya, kerana kelak kita akan menyukainya". maka benarlah kata-kata itu semua.
inilah setitis harapan saya...
satu langkah yang kecil, hanya dengan melakar satu blog yang percuma hehe, diharapkan mampu mendapat pulangan ilmu di dada yang lumayan hebatnya...

7 comments:

Anonymous said...

huhuhu...welcomeback miss iliana...so now ur career as a writer is begin. i think this entry is ur starting point on ur journey in blogging. and i can feel the impact. i know u so much n how far u want to go, i can see ur target. well done dear...

e-leeyana said...

hye unknown people up there...thanks so much, but i am sory cz i can't guess who are u actualy...if u don't mind, plz mention ur name 4 da nxt tme...hope u cn still read my blog...thanks again

Anonymous said...

don't u wory n guessin me...i juz will b loyal through ur writes...i try to b...nice 2 c u come bck in writin

Aisar said...

wow!..rumah dh cat warna baru!..xpe,nnt sy tolong hias2kan ye...deco bersama eric!..

e-leeyana said...

to unknown : thaks 4 ur support even i don't knw u...hope u cn gve me some help here by givin ur briliant cmment..tq

aisar : ngeh ngeh ngeh...kate nk raye...kne la tka cat hehehe....ala ni ade mslh sket aritu...dok memain skali abs sume ilang...tu yg berubah tu...

nurul said...

yana! aku ingat novel Masuk Dalam Cahaya tu! novel tu yg buwat ko ilang kat library kn! rupanya terpenyek celah2 rak buku tu dok bce novel tu...punye la promote kat sume ckp novel tu best..tp, xpaham arh!

e-leeyana said...

hahaha...ingat lg ko erh....ye la...stakat ni, tu novel paling aku ingat smpi skrg....