Monday, September 15, 2008

PRIA BERHATI MULIA

hai…ketemu lagi kita di sini…amat merbahaya nampaknya entri saya mengenai manusia semakin kejam dan munajat cinta tersebut. Kerana apabila digabungkan, ada pula insan yang menyalah tafsirkan saya. Saya bukanlah anti dengan LELAKI jauh sekali menyukai kaum sejenis…tapi apa yang mendorong saya untuk menulis tajuk-tajuk sedemikian hanyalah sebagai renungan bersama. Baiklah, sebagai berlaku adil dengan kaum Adam di luar sana, dengan berbesar hati, untuk entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai beberepa cerita yang membuktikan bahawa masih ada lagi spesis ini yang berkualiti dan bertanggungjawab hehehe…


Masih lagi segar dalam ingatan saya ketika saya menyertai pertandingan silat peringkat negeri satu ketika dulu yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Sampai sahaja di sana, kami dipecahkan untuk ke asrama masing-masing. Peserta lelaki ditempatkan di Stadium Negeri (bilik yang berhawa dingin dan hanya 2 orang sahaja di bilik tersebut, isk…tak adil ni) manakala peserta perempuan ditempatkan di asrama kompleks (sebiji macam asrama sekolah). Kumpulan saya ditempatkan di paras dua. Seperti biasa, kami bersuka ria pada malam itu dengan menjalani beberepa ‘trainning’ sebagai persediaan. Seawal subuh pagi keesokkannya, saya dan rakan pun bersiap la untuk menyegarkan diri (mandi). Malangnya, tandas di paras 2 tersebut penuh. Maka, kami pun turun la mandi di tandas paras 1. Sedang kami leka bermandi-manda, terdengar suara-suara yang agak menakutkan. Errrr…bukan suara makhluk paranormal tetapi suara lelaki yang agak ramai bilangannya. Alamak…punyala kaget kami. Nak buat macam mana ni?? Saya pun teruskan mandi sedangkan di luar sangat kecoh dengan suara lelaki tersebut yang riaknya seperti kehairanan mengapa perempuan yang sedang mandi. Siap nak pastikan lagi, betul ke perempuan yang mandi…wahhhh~ terdengar pula mereka ingin memenjat tembok tandas untuk memastikan…cepat-cepat saya tukar pakaian kemudian keluar. Punyalah tebal muka saya bila lihat semuanya peserta lelaki yang sedang berdiri di luar tandas.
Saya pun keluar dengan muka tak bersalah. Sambil tu terdengar juga suara yang berkata’ “kan betul, perempuan yang mandi”. Adussss…malu yang amat. Tapi, apa yang membanggakan saya, sebenarnya kata-kata yang menyatakan mereka ingin memanjat tembok tu semua hanyalah sebagai gurauan. Sebabnya, tiada seorang pun peserta lelaki tersebut yang memasuki tandas berkenaan malahan sanggup menunggu di luar tandas sehingga kami keluar barulah mereka masuk. Tidak mengambil kesempatan namanya tu hehe…terima kasih ya….selepas itu, barulah saya dapat tahu bahawa bilik di stadium sebenarnya sudah penuh, maka mereka ditempatkan satu blok dengan peserta perempuan (di paras 1). Alangkah bahayanya berbuat demikian. Masuk sahaja di dewan pertandingan, alamak….malunya saya…tersenyum-senyum sinis semuanya hehehe….buat tak tahu je la….



Keduanya, ketika saya sedang berseorangan untuk ke stesen bas Changlun. Biasala, dah biasa jalan berseorangan untuk pulang ke kampong hehe. Macam ni ceritanya…al-kisah, ketika itu saya sedang berjalan kaki berseorangan dan ingin melintas jalan yang seluas 4 ‘lane’. Memang agak terkial-kial juga la sebab kenderaan yang banyak dan laju. Apabila lampu isyarat bertukar merah, saya pun sepantas kilat ingin melintas. Tetapi ada seorang pria yang baik hati memerhati saya dari jauh untuk memastikan saya melintas dengan selamat. Sebabnya, ketika itu saya tidak perasan ada kenderaan yang sedang meluncur laju kearah saya dan pria tersebut telah menjerit dan menunjukkan kearah kenderaan tersebut. Maka, saya pun terus berjalan dengan lebih pantas dan dia sempat berpesan, “hati-hati ketika melintas”. Hmmm…agak prihatin pria ini rupanya. Terima kasih ya…


Lagi satu, ketika saya berada di dalam bas pula…. dari Johor ingin ke Alor Star. biasa la, perjalanan jauh ni biasanya waktu perjalanan adalah di malam hari. nak dijadikan tragedi pada malam tu, insan yang duduk bersebelahan dengan saya adalah kaum Adam. saya 'maintain' lagi. cuma kurang selesa dan membuatkan saya tidak lena tidur. tiba-tiba bahu saya terasa berat...tengok-tengok rupanya lelaki tu tertidur di atas bahu saya. alamak...terkaku saya dibuatnya. sampai sahaja di Perak, dia turun dengan kawan-kawan dia. apabila naik semula bas, dia terus minta maaf di atas kejadian tu. tapi, sebenarnya saya tak kisah pun sebab bukannya dia sengaja kan. lepas tu, dia terus berusaha menyengkang mata sebab takut-takut tertidur di atas bahu saya lagi sampai la ke Kedah. hummm...terima kasih ya...

sebenarnya, masih ada lagi pria yang berhati mulia di abad ini...

13 comments:

yatie said...

bace blog ko ni wat aku terhingat kat memori epi kte...3 tahun kte menggondol semua pingat kn...tp lps tu ko stop dr join silat lg...ble ktorg tnye knape, ko ckp nk cri pngalaman lain plak...yek o je la ko tu...ble2 free dtg la latih junior...ko ni aku ajak, xpnah nye nmpk btg idung...

weii...aku rase mamat2 lain yg byk tlg ko tu kn syiokk kat ko ar...kn kn kn...hahaha~ musti xngaku pnye minah ni...ssh sgt...

eliey said...

naaaa,,,,kan aku da ckp...xsume lelaki jahat ekh

musz said...

ko bdk silat ke??? perhhh...xsangka ni...peringkat negeri plak tu...aku dnga ko hebat mse sek dlu tp ble da msuk U ala2 low profile plak...nape seh??? ko xjoin silat ke kat cne?

y4ku24 said...

Yang lelaki tu bersengkang mata sebab terasa aura silat dari awak kot. silap2 karang kena ultraman kick, langsung seumur hidup tak boleh tido. haha.
Tapi kompeni bas pun satu, pandai2 la aturkan laki pompuan. yang ni msia kalah la ngan jepun. time booking tiket mesti akan tanya laki ke pompuan.
di jepun siap ada bas malam yg khas untuk pompuan aje!

Hafizan said...

memang banyak lg lelaki yg baik di dunia ini.cume barangkali wanita tersalah jumpa lelaki yg kurang elok adapnya...hargai la lelaki2 yg baik dan bimbing la lelaki2 yg tak berapa baik tu..

e-leeyana said...

yati : aisehh da kte kn bpcah sek mse tu...geng xde la...lgpn klu aku trus join msti aku kne lwn dgn ko nti...tgk mke kesian ko tu...isk isk....xblh ar haha

eli : yo la...tau ar aritu da puas berdobat dgn den...ponat maaa~ entri ni tok ko huuuu~

musz : errr musz mane ni ekh??? muszaphar ke? hmmm...nk kate hebat tu xde la...biase je...kt cni agk ssh sket nk bgiat aktif...sbb kne bhg mse elok2 (xnk smpi pinter jtuh)...tp xpe, start sem dpn stiap hutan kt m'sia akn d redah (under kelab kembara) huhuhu suko makcik masuk2 utan ni...

e-leeyana said...

err en. Lukman, aisehhh mane ade smpi aura2 ni...aurat je kot hehe...owh ye ke kat Jpun cmtu??? wahhh~ bertuahnya...sebuah negara bukan Islam mampu wat cmtu sdgkan M'sia sndri x amk tindakan cmtu...isk...sungguh sedih ni...

en. Hafizan aka Pak Tam (hehehe)...mungkin la kn...pape pn sy bukan anti lelaki ye (ramai yg misundrtsd)...

musz said...

mustaffa maarof la....kembara plak???? uihhh ganas ko ni...ingat x mse wat abseiling dlu...punye la tinggi, org sume gayat smpi xnk terjun...yg ko ni lain plk kes nye cbuk nk terjun tp xblh2...tu la ringan sgt ko ni...patu blh plk mse org b'sorak ko pndang bwh siap wat peace lg...gle ar ko ni...ktorg yg kecut tau...mmg btl kwn ko ckp yg ko ni pelik lg memelikkan

yatie said...

die ni mmg pelik pn...sume die nk wat kecuali yg melibatkan bola n air dalam kekeke...gerenti kecut minah ni

e-leeyana said...

yatiiiii!!!!! ko mmg zalim cte kn kelemahan aku....errr skrg da tak (kot)...sbb masuk kelab kembara ni...pehhhh mau wat wasiat la aku nmpknya....kwn2 aku ade bg lthn sket kat aku bior jgn tkot dgn air huhu...pasni aku wat kuak kupu2 dpn korg haha

e-leeyana said...

musz...aku mmg ske berada d angkasa...chewahhh....tinggi2 aku xksh sgt...n mse tu ble wat abseiling tu ala2 lupa dri plak...seronok sgt...tp korg jerit apasal mse aku tgk bwh??? terkejut aku...smpi hilang kawalan....da mcm spider women da aku mse tu nk imbangkan bdn blek....tp best kn wat tu...

p/s : mane ade pelik

fauzimastam said...

Salam..
awak belajar silat? Silat pulut ke? atau silat2 bertumbuk gitu?

e-leeyana said...

salam...silat pulut???? (ape tu)...sy blajar silat chemandea harimau (sama dgn tahun kelahiran hehe)...blajar dua2 bhgn (seni dan olahraga)