Thursday, September 11, 2008

MANUSIA SEMAKIN KEJAM

HAI....minta maaf la hari ni ada sedikit kebosanan menyebabkan saya mengarang lebih sikit. minta sedikit ruang waktu ya...
sebenarnya saya teringat tarikh 11 September ni merupakan satu tarikh bersejarah dunia. tarikh inilah yang telah menghukum penganut agama Islam sebagai pengganas. baru-baru ini, di dada akhbar ada melaporkan bagaimana penduduk Islam di kebanyakan negara tidak dibenarkan bertudung, berjambang, berkupiah dan berhimpun untuk menunaikan solat jemaah. sedih kan bila mendengarnya...
ada cerita yang lagi menyedihkan saya. cerita ini saya baca di majalah Mastika dalam ruangan Manusia Semakin Kejam. begini ceritanya...
seorang dr. forensik menerima satu kes. melihat sahaja sekujur tubuh wanita yang tiada seurat benang pun, dia mula tertanya-tanya apa yang berlaku??? dada wanita tersebut leper seolah-olah hancur di mana keseluruhan tulangnya ranap seperti jemput-jemput yang dipijak. apabila diselak helaian daun yang tersisa di tubuhnya, dr terlihat pula pada bahagian kemaluannya. masyaallah...koyak rabak umpama kain yang disiat! dr. tersebut beristighfar seketika dan mula terfikir siapakah empunya angkara.
beberapa hari berikutnya...lima orang suspek telah direman dan disoal siasat. semuanya jejaka yang beragama Islam! berumur lingkungan 20-an. Subhanallah. beberapa hari disoal, mereka tidak mahu menceritakan sedikit pun apa yang terjadi. namun, akhirnya salah seorang daripadanya mula bersuara...pada hari kejadian, wanita tersebut ditemui bersama kekasihnya di sebuah tempat. kemudian mereka terus menyamar sebagai polis dan mengarahkan pasangan tersebut mengikut mereka. si wanita mengikut tiga orang lelaki tersebut manakala si lelaki mengikut dua orang lagi lelaki tadi.
tiga lelaki terbabit terus membawa wanita itu ke dalam sebuah semak dan memperkosanya berulang-ulang kali. tidak cukup dengan itu, dia diliwat sehinggakan mereka melakukannya serentak. wanita tersebut menangis, menjerit, merayu agar dilepaskan. tetapi kerakusan nafsu mereka tidak mengendahkannya. sehinggakan wanita tersebut pengsan beberapa kali dan ditampar untuk menyedarkannya. bagaimana pula dengan pasngannya??? lelaki tersebut telah dibawa ke sebuah gaung dan ditikam sehingga mati. masyaallah...manusia apakah ini...dua orang lelaki tersebut terus ke tampat di mana wanita itu diperkosa dan mereka pula mengambil alih tugas untuk meneruskan agenda iblis mereka. Ya Allah....berdegup kencang jantung saya membacanya.
apabila ditanya, mengapa sebegini sekali lumat wanita tersebut, mereka menceritakan lagi...setelah selesai memperkosanya, wanita itu tidak sedarkan diri. tetapi mereka tidak pasti samada wanita itu masih bernyawa atau tidak. (cuba anda andaikan apa yang mereka lakukan) mereka membawa wanita tersebut di bawah sepohon pokok. lalu mereka berlima memanjatnya dan...
Dummmm....Dummmm...Dummmm
seorang demi seorang melompat ke atas badan wanita tersebut. bagaikan terhenti nafas saya! manusia apakah ini??? patutlah mayatnya begitu menyayat hati sekali.
kini, manusia semakin kejam malahan lebih kejam dari si pemangsa yang membaham mangsanya. cerita ini membayangkan saya untuk meletak diri saya sendiri di tempat wanita tersebut. ya Allah....tidak terbayang seksanya dia...sebab itulah saya menceritakan kasih sayang si penguin. tidakkah sebagai menusia kita berasa malu apabila kelakuan kita lebih hina daripada binatang...

16 comments:

AsadulQalb said...

MasyaAllah

Manusia apakah ini? Tidak melampau andai saya katakan mereka itu syaitan bertopengkan manusia.Mengingatkan kembali kepada kes Nurin Jazlin, semakin tertanya-tanya, apakah semakin hilang nilai kasih sayang pada diri manusia? manusia diciptakan Allah dengan diberi dan dikurniakan Allah sifat belas serta kasih sayang.Sedang haiwan pun pandai bekerjasama dan berkasih sayang( rujukan daripada siri kartun Wonderpets TV9..hihi ;->),jika manusia hilang sifat itu, mereka meletakkan dirinya lebih hina daripada seekor haiwan.Setuju dengan saudari yang menjadikan penguin sebagai contoh.

e-leeyana said...

tu la...sedihkan tgk sikap manusia zaman sekarang ni...xcukup menzalimi sesama manusia, haiwan pun menjadi mangsa...lg menyedihkan alam sekitar pula menjadi sasaran kerakusan manusia...nsb baik uum ni dlm hutan yg segar msh x t'cemar...cuma ask dengar lepasan das tembakan yg merisaukn shj...mklm la hidup btl2 bersempadan...jgn la smpai ada manusia yg b'sikap binatang terlepas ke sini...huhu serammmm~

Anonymous said...

ok...kali ni aku sokong cte penguin ko tu...manusia ni kambing pn blh jd...ko tgk mastika bru ni x? mangkuk punya org...aku up lg mangkuk tandas!

peah said...

aku sbg perempuan turut terasa bisanya. bg kaum2 adam d luar cne tu, wanita itu dcipta dr tulang rusuk kiri kamu yg dkt dgn hati kamu utk dijga n dsygngi bukannya diperlakukan sedemikian...

etomyam said...

"Dan apabila Tuhanmu berkata Aku ingin ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi, maka bertanyalah para malaikat ' Wahai Tuhan Kami, adakah perlu Kamu ciptakan makhluk yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi...",

Kawan ingat budak2 tu telan dadah atau mabuk kot, kalau dalam keadaan waras x kan buat benda2 gitu.

lepas tu tibe2 insaf, pakai kopiah dan tunduk bila berjalan.....

fauzimastam said...

Salam..
Termasuk kat blog ni dgn x sengaja fr MyBloglog. Wlupun sy lelaki, tp citer kat atas tu sedih tul. Kasi pancung je mamat 5 ekor tu..senang2 je nak rogol org. Qisas balik...

e-leeyana said...

etomyam : owh...tu...mmg la...kes ni menganggap lelaki2 tersebut tidak waras...maka hukuman nya hanyalah dipenjarakan...walhal mrk tlh mangambil 2 nyawa dgn kejam

peah : tepat sekali!

anonymous : aishhh emosi la plak ni...siapakah gerangan empunya nama?

fauzimastam : terima kasih sudi melawat...kunjung2 la selalu n bertukar ilmu...owh~ sgt sdh sbb mereka hanya diberi hukuman yg ringan...nk ikt kn mmg sptt nya di Qisas bak kata saudara

Hafizan said...

ish..takleh terima btul la!!!
kejamnye...cian la kat arwah wanita tu.Hopefully manusia2 durjana tu menerima balasan yg berat dr ALLAH S.W.T...

e-leeyana said...

tu la...dah la mabuk (confirm salah dr agama)...pastu dsbbkn mabuk, bunuh org plak...mmg ada sbbnye knp Allah swt mengharamkan sesuatu...

senyum manis said...

wahhhh....aku xske cte ni! bikin panas

Anonymous said...

aku tau psl cite ni..
yana cube la teka aku sape..
lalalala....

e-leeyana said...

wahhh tidakkk siapa kalian...

yatie said...

perhhh....panassss gle bce cte ni...mane ko dpt ekh...ko ni mmg pelik lg memelikkan la yana...serba boleh gtu...(pujian iklhas...raya nti aku dtg rmh ko minx ang pau ekh)

modjeska said...

yup..sedey sbb manusia skang semakin kejam

e-leeyana said...

aku pelik??? biase je aku rase...

hmmm...tu la kn...apa la nk jd ble manusia sesama manusia tu sendri saling bersengketa...mmg tanda2 d akhir zaman...

e-leeyana said...

salam...ade yg bg email n bg msg kt fs yg tnye ttg cte ni...ok ok sblm lbh ramai yg bertanya, sy jelaskan sikit ya...

cte ni bukannya cte rekaan tp realiti yg dipetik dr mjlh mastika bertahun2 dahulu...sbnrnya ni cte lama tp sy sgt ingat cte si sbb bg sy, ni antara cte paling zalim sy pnh bce...sy letakkan di sini hanya sbg iktibar utk sume dan tiada apa2 mksd lain....

kalau kurang jelas lg, blh cntct sy d 012-xxxxxxxx haha gurau je...apapun terima kasih sbb sudi memberi respon...