Thursday, September 4, 2008

DUGAAN PUASA NIH....

4 september 2008 (bersamaan 4 Ramadhan 1429)




krukkkkk....krukkkk...kriukkkk.....




aitss..lain mcm jek irama lagu perut aku pagi ni. takpe la, cuba-cuba buat tak tahu je la. pejam mata, tarik selimut hello kitty ni atas-atas sikit. fuhhhh....bestnye tido~ aduhhhhhh......tiba-tiba perut aku diserang rasa bisa yang teramat sangat membuatkan aku terduduk sepantas kilat. macam-macam aksi aku buat nak hilangkan rasa sakit tu. aku teringat ada seseorang mengajar aku apa yang perlu dibuat jika perkara sebegini terjadi. aku pun terus merapatkan lutut aku ke bahagian perut. lama juga la baru hilang. lepas tu, aku pun sambung tido hehehehe.




adoiiiiii!!!!!!!!




diserang lagi! tidakkkkk!!! adussss....bisanya perut ni. aku cuba masuk ke tandas (sowi, bln2 puase ni ckp pasl tndas plak). tahu-tahu je la apa yang aku buat kan. tapi malangnya, aku hanya membazir masa je dalam tandas tu. sakit kaki aku dibuatnya. aku cuba untuk tido lagi. tapi tak boleh. asyik diserang rasa sakit tu. aku pun bangun untuk mandi dan mengadap laptop lepas tu. tiba-tiba . . . . . . . . . . . . .




berlari-lari ke tandas......


kali ini, fuhhhhhhh~ lega....kusangkakan drama hari ini tamat sampai setakat ini sahaja. rupa-rupanya berkali-kali aku tergesa-gesa ke tandas. ahhhhh~ lemah longlai aku dibuatnya seharian ini. air depan mata ni...aishhhhh....seperti memanggil-manggil melambai-lambai mesra ke arah aku. aku buat-buat tak nampak je la. iman masih kuat la katakan hehehe....oleh kerana terlalu keletihan, aku terlena di atas tilam empuk dan ceria aku tu. malangnya, gangguan lain pula yang aku terima. ramai pula la makhluk yang menghantar sms. tak balas nanti, aku juga yang tak sampai ati. layankan je la.....




sampai la ke petang, aku bersama kawan-kawan menuju ke cafe untuk membeli juadah berbuka. sampai je ke bilik, aku terus mandi dan mengadap rakan-rakan Indonesia aku menyediakan juadah mereka sendiri. sampai je saat berbuka, aku rasa langsung tidak berselera dengan makanan yang ada di depan mata. sempat juga teman bilik aku dan kawan-kawan dia hulur masakan Indonesia mereka, terpaksa la makan walaupun tak berselera. akhirnya, makanan yang aku beli terbuang begitu sahaja...isyhhh rugi rugi....malamnya, aku makan Nestum dengan susu untuk mengelakkan keadaan lebih buruk esok. takut pengsan pulak sebab perut kosong. lepas tu, aku makan ni pula.....weeeeee~ sodap maaaaa~



5 comments:

tipah cute said...

aisehhh...cian la kat ko....sabo la ekh...

jejaka tampan said...

oleh kerana ada si tipah, aku nk ltk name ape ekh??? hehehe....
alaaaaa yana, biase la tu...bln2 pose ni segala jenis penyakit ada kan...ke alasan xnk pose ni? kuang3

e-leeyana said...

hummmm...ni sapakah gerangan pasangan ni????
pape pn, tinkiu melawat...

Aisar said...

ehhh...dh ada mybloglog recent visitor la...ngeh!..ngeh!..ngeh!..

e-leeyana said...

elehhhh~ sape la tuh ekh??? meh2 promo blog baru ni pd kwn2 keh keh keh