Monday, September 1, 2008

DR SHEIKH MUSZAPHAR KE TU?

26 Julai 2008 yang lalu, angkasawan negara ang pertama telah berkunjung ke dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia (terima kasih Dr. di atas kesudian Dr.) melihat kepada cerita tentang kejayaan beliau, amat saya kagumi. seorang yang berjiwa kental dalam menikmati sebuah kehidupan. tiada satu saat pun masa yang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jika saya memiliki kekuatan mental dan fizikal sedemikian rupa, mungkinkah saya bisa kecapi kejayaan yang serupa? (no komen)...

kehadiran Dr. sangat menduga kesabaran pelbagai pihak sebenarnya apabila di saat-saat akhir Dr. memaklumkan bahawa program terpaksa dibatalkan disebabkan urusan lain. bukan kepalang bimbangnya kami menerima berita tersebut. program ini merupakan satu program yang besar, melibatkan banyak pihak. mana mungkin kami akan membatalkan begitu sahaja. masalah cuba diselesaikan secara diplomatik. dan akhirnya kami terpaksa akur dengan permintaan Dr. (yang kami fikirkan tidak patut) hanya semata-mata ingin memberi yang terbaik kepada semua yang terlibat. acara terpaksa ditangguhkan waktunya, tapi tak mengapalah daripada terpaksa dibatalkan.

pada hari tersebut, amatlah sedih rasanya melihat sesuatu yang tidak dirancang berlaku. bukanlah keterlewatan Dr. yang kami ralatkan (tidak berbaloi jika dibandingkan dengan permintaan Dr.), tetapi sesuatu yang sememangnya mengguris hati setiap antara kami. sehinggakan terdetik di hati kecil kami, 'inikah Dr. Sheikh Muszaphar yang sebenarnya?'

entah la....kami tiak berani untuk memperkatakan sesuatu yang tidak pasti hanya berdasarkan pertemuaan singkat dan sekali ini sahaja. apa pun, harapan kami agar Dr. bukanlah seperti yang sedia tertanggap di pemikiran kami.
p/s : apakah permintaan Dr. itu tak perlulah saya nyatakan secara jelas untuk kebaikan yang empunya badan...nilai-nilaikanlah sendiri...

8 comments:

Hafizan said...

salam perkenalan kepada saudari. selamat menyambut bulan ramadan. semoga segala amalan kite sentiasa diterima oleh Allah.

berbalik kpd entry ini, sy mgkin tidak paham ape permintaan angkasawan negara kita ini. tp seorg sahabat sy mpp di uitm pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung akan kedatangan sheikh muzaphar dan kapten faiz(bakal angkasawan negara yg kedua). pabila ditanya tentang perbezaan mereka, kwn sy membayangkan bahawa mudah utk berurusan dgn kapten faiz. dan ade lg beberapa cerita yg disampaikn kepada sy. so,rasenye sy dpt bayangkan ape yg saudari rase...ape2 pn bersabarlah dan tahniah kerana kesungguhan utk melaksanakn program tersebut. teruskan usaha suadari..

e-leeyana said...

kepada saudara hafizan....salam perkenalan juga....apa permintaannya, mmg agk materialistik....walhal, program itu sendiri tertara 'program amal'...perkara seperti ini tidak wajar untuk berlaku....tapi, apakan daya....pengorbanan mmg diperlukan untuk semua tu....

SangPelangi said...

Oleh sebab perkara ini masih samar (dirahsiakan atas sebab tertentu), saya tak dapat nak komen banyak. Ditambah lagi sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, saya sedikit alergi untuk memberi komentar pada entri yang menjurus kepada peribadi seseorang itu (dengan disebutkan nama secara jelas).

Apa pun yang dapat saya agak (semoga bukannya sebagai syak) dari balasan komen Iliana, mungkin ada kaitan dengan urusan pembayaran.

Saya cuma akan memilih untuk berbaik sangka. Dr juga manusia biasa. Walaupun program amal banyak melibatkan kebajikan dan pahala, tapi ia mesti dilengkapkan dengan hati yang ikhlas.

Mungkin beliau sedang cuba untuk menolak jemputan itu atas urusan tertentu yang tak dapat dielakkan. (tak dapat diceritakan pada umum kerana terlalu peribadi barangkali). Jika beliau menolak dengan ayat biasa "Saya menolak atas urusan tertentu", pasti akan susah diterima ramai kerana Dr adalah milik semua rakyat Malaysia.

Bukankah pada awal-awal lagi sudah ditolaknya? Itu bagi saya adalah "isyarat" awal bahawa beliau tak dapat memenuhi permintaan itu. Tapi ia tidak diterima, demi menjaga hati semua orang juga.

Jadi, nilaian harga tinggi yang beliau letakkan adalah "simbol" dan "isyarat" kedua bahawa beliau benar-benar ingin menolak tawaran itu.

Kesimpulan mudah dari saya, Dr adalah manusia biasa, punya keluarga, sama seperti kita.

Hafizan said...

actually sy juga takut terlanjur bicara lebih2 bln ramadan nie.tak psl2 sia2 pulak puasa ini hehehe...maybe itu ape yg saudara irfan fikir.harap2 sy dpt ilangkan segala prasangka buruk dihati ini insyaALLAH...

p/s:nice to know both of you..

e-leeyana said...

mungkin betul...pendapat sy juga sama dengan saudara irfan....dan saya berharap tanggapan tersebut adalah betul....bukan bermakna saya ingin memburukkan nama seseorang yang dah sedia baik dengan meletakkan entry ini....tetapi dgn harapan agar melalui komen2 dari pembaca dpt menjelaskan lg keadaan yg kelam bg org2 yg kurang faham...mungkin bg org g berprasangka buruk....di mana sy sndri hampir2 ke arah itu...yg penting, buku n koleksi drpd dr. SMS masih lg dlm senarai barang berharga sy.....

hairie said...

biase la...kdg2 ble da t'knal wat slh sket pn da d'pk lain. tol x? apa pn, kte ni semua manusia biasa. xkn blh lari dr kesilapan. sama la gak dgn kes ni.

ayu said...

sy sokong ckp hairie (w/pn xknl)
mungkin ada sesuatu di sebalik kejadian yg kte xthu apa sbb nya. kalau d pk kn blek, munasabah ke seorang yg t'nama n b'imej tggi buat mcm tu. msti la dia nk jge name kn. pasti ada sbb yg kte xthu sbnrnye. apa pn, t'pulang la pd penilaian msg2...

e-leeyana said...

hummm...mungkin gak...ye la....ape mslh yg sbnrnye pn kte xthu kn...so, don't judge da book by it's cover...