Saturday, September 20, 2008

AKU TERTIPU

Sabtu, 20 September 2008 bersamaan 20 Ramadhan 1429

seperti biasa, setiap hari Sabtu, semua pelajar Universiti Utara Malaysia akan berpusu-pusu ke destinasi masing-masing untuk memenuhi tuntutan modul ko-kurikulum. hari ini cuaca agak suram membuatkan masing-masing kelayuan (maklum la, bagun awal untuk sahur katakan). kuliah yang memakan masa selama dua jam setengah terasa bagaikan dua hari setengah lamanya. nasib baiklah ketika kuliah, penyarah kelab ada membawa bahan menarik untuk ditunjukkan kepada kami. nak tahu ke apa alat tu???

nama alat tu adalah 'trangia'. satu alat yang banyak digunakan oleh pengembara dan pendaki untuk memasak. alatnya kecil sahaja, tetapi lengkap, ringan dan mudah untuk dikendali. bersemangat saya melihatnya. sebab comel je alat tu, tapi mampu melaksanakan pelbagai tugas. boleh masak air, boleh masak nasi (senang cakap, semua la boleh). uniknya 'trangia' ni adalah ia merupakan satu-satunya alat yang membolehkan pengembara dan pendaki memasak di dalam khemah. tidak seperti 'mess tin' ataupun 'penunu' yang agak merbahaya untuk digunakan sebenarnya. malangnya, 'trangia' tersebut masih belum lagi terdapat di Malaysia walaupun ianya telah digunapakai berpuluh-puluh tahun lamanya. 'trangia' ni menggunakan 'spirit' sebagai bahan bakar. lagi satu keistimewaannya adalah kesemua peralatan ini adalah dilepaskan ketika pemeriksaan barang di 'airport' hehe...


ni 'trangia' kalau tidak dibuka lagi. kecil sahaja

kalau sudah dibuka??? hehe sebenarnya banyak isi di dalamnya. kan fleksibel namanya tu

baiklah...cerita mengenai tajuk 'aku tertipu' baru sahaja ingin dibuka. selepas tamat kuliah, kami pun terus meluru ke 'bus stop' untuk pulang ke Dewan Penginapan Pelajar (DPP) (cuaca pun sejuk, tidur sedap ni hehe). sedang kami asyik menanti bas datang, tidak semena-mena ada sekumpulan pelajar perempuan cina dan melayu seakan-akan bertengkar. ingatkan cuma pertengkaran biasa sahaja...rupa-rupanya makin melarat sehinggakan mereka menggunakan kekerasan pula. bilangan ahli yang bergaduh pula semakin ramai bilangannya. maka, mulalah aksi-aksi ganas yang tidak diingini.

Pangggggg......

satu penampar dilepaskan oleh pelajar perempuan melayu tersebut (terdetik di hati : pelajar universiti pun bergaduh ke?). tidak sempat saya habiskan lamunan, pelajar cina tu pula membalas kembali serangan. makin menjadi nampaknya pergaduhan mereka. tidak lama kemudian, datanglah sekumpulan lain untuk meleraikan mereka. namun, perkara tidak dijangka pula terjadi, si penyelamat pula diserang. haiii.....kesian....

setelah berlabuhnya beberapa tamparan hebat di pipi, pelajar cina tersebut terjelepuk jatuh pengsan. mujur ada pelajar PBSM di situ untuk membantu. kejadian masih berpanjangan sehinggalah bas tiba. nampaknya, aksi pergaduhan masih lagi belum tamat. sedang kami asyik menonton (hehe bukan tak nak tolong, tapi macam ada keanehan di situ), tiba-tiba ada seorang lelaki berbadan besar di dalam bas tersebut menjerit,

"bertenang-bertenang...sebenarnya kita semua telah 'DITIPU'...."

tiba-tiba aksi pergaduhan tadi bertukar kepada aksi bertepuk tangan beramai-ramai. cisssss....mereka berlatih rupanya. entah kelab ko-k mana la yang sudah berjaya memperdaya kami semua....sabar je la...memang 'real' lakonan kamu...

26 comments:

eliey said...

keh keh keh....ape la...blh plak diorg wat latihan real ekh kt tmpt awam....nsb baik ko x cbuk2 nk tlg...klo x musti lg malu hahaha...aku gelak dlu

ema said...

weiii...aku rse mcm nk bli je trangia tu...klu bnjir kn xda letrik haha

psttt...malu seh kne tpu idup2 kekeke

Hafizan said...

haha...melampau tul macam tu.mestiramai yg tertipu kn?huhu..lawak2..

p/s: iliyana,awk tahan ke air mata awk mase bace cite bdk tu?

e-leeyana said...

wah wah wah...mmg ktorg sume kne tpu tahap super saiya 4 arini...hampeh tol...

e-leeyana said...

spesel tok en.Fizan :

mmg ramai pn yg tertipu...tgk mcm perlawanan gusti..upe2nye...adehhhh...lakonan semata2...

p/s : errrr...biar la rahsia kekeke tp mmg sedih gle...

jejaka kacak lagi bergaya said...

hahahahaha t'tiarap aku ketawa...bulan pose pown blh wat live practise ekh...habih sume kne tpu masak2 smpi garing woo

yatie said...

kuang kuang kuang....alahai kesian tol aku tgk...tp mesti muke ketat je ble tau da kne tpu kn hik hik hik

fauzimastam said...

Kali ni cik Tipah tak tertipu ke?..
kui..kui..kui..siap dapat pelempang Hikmat Alam Semesta tu...

etomyam said...

Huih, gaya pencerita pun serious macam betul, memang hebat, pelakon n pencerita, naik 'semangat' kawan, Boleh join 'Just For Laugh' punye team ni

Anonymous said...

ko comment sndiri ye blog ko ni???
saje je tnye hahahahaha...

e-leeyana said...

ala...xpe la...tertipu yg menghiburkan...at least sy thu yg diorg tu mmg xbergaduh sesama mereka...bukankah itu berita yg lebih baik...

e-leeyana said...

fauzimastam : haha ni lebih dr tipah yg tertipu

etomyam : thanks ats pujian kamu...just 4 laugh??? haha kaku je la gamaknya...

anonymous : a'ah mmg aku komen sndri blog ni...sbb nye tuan rumah pn kne taip komen same cam pembaca gak...tiada sbrg keistimewaan...(itulah kekurangan blogspot)

sbb tu maklumkan nama sbnr tu lbh baik dr menyamar...mudah utk tuan rumah mengenali pembaca...tkt tuan rumah silap meneka...

Kasawari said...

saya pun tertipu.. he he

kadok said...

cehhh..ingatkan bergaduh betul2..punyalah tekun membaca sedari td..hahaha

izman said...

rindu saat2 kat uum dulu. aku ko-k kelana siswa. asyik camping je, best betul.

masa sahur biasanya kat bilik je secara berjemaah atau kat D9 kat petronas.

e-leeyana said...

huhuhu...mmg terang2 100% + 56 (bonus mark) tertipu tetipah...oleh tu, para pembaca pn akn kucuba utk tertipu sama2 hehe

e-leeyana said...

en. Izman : wahhh ex-uum ya...skrg uum byk upgrade tok naik taraf...kos law cni da d'iktiraf slps lama berdebat...jd sape amk law kt cni xperlu amk test lg tok d'iktiraf sbg lawyer...

n yg t'baru...uum sdg berusaha utk masukkan kos baru (kastam) yg d'iktiraf d seluruh dunia...sape2 yg grade layak utk jwtn atsan d kastam...

p/s : tp xthu la agknye ble akn dluluskan...

p/p/s : kolej petronas skrg byk student foreigner...

Akak said...

Salam e-leeyana...

Salam ziarah & salam kenal, terima kasih sudi singgah blog akak...

Akak pun tertipu gakkk....

Khalis Khaisara said...

apa citer uum sekarang ye?lama xjenguk sana.

e-leeyana said...

salam kenal gak...terima kasih sudi melawat blog saya kembali...

errr...mmg ramai yg tertipu hehe

e-leeyana said...

khalis khaisara :

terima kasih dtg melawat...
uum??? humm semakin maju kot hehe...skrg uum nga usaha keras utk upgrade...

oh ya, kalau ada sesiapa yg berminat utk jd lecturer jbtn sains kuantitatif (math), blh bgthu sy...nti sy bg email prof. tu..sbb skrg nga cri tenaga pengajar...

suara said...

Salam Ramadhan e-leeyana...
Awal tahun kak su pegi UUM masa konvo. Hubby kak su buat master kat sana.
Sempat kutip bunga cempaka dekat tepi library tu. Wangi. Kenangan.

e-leeyana said...

haha...nape amk bunga cempaka je...cni byk dusun buah2an...cempedak, nangka, ciku, langsat, rambutan, pelam...fuhhh~ mcm2 la yg ada...2 sume free je...rugi xamk...sbb nt nyet2 yg mkn...

e-leeyana said...

errr...to suara :
sowi, sy xblh nk view profile awk...maB blh bg blog adress awk...

warungkampung said...

Nasib baik ditipu..kalau betul,kan lagi parah..huhu

e-leeyana said...

haha...tau xpe...klu betul2...pehhh malu sume bdk uum dgn segala umat d dalamnya