Tuesday, September 2, 2008

ADA APA DI UUM

ramai orang bertanya,
"apa yang ada di UUM tu? dah la jauh dalam hutan...nak shopping pn susah...kawan dgn monyet2 ke kat sane tu? "

pada dasarnya, memanglah terdetik di hati ni mengiakan sahaja tohmahan tu. maklum la, masih lg 'cultural shock' katakan. masih lagi tak serasi. dah la cara kehidupan jauh berbeza dengan org di selatan. bila masuk sahaja di sini, macam-macam loghat ada, sampaikan saya tak faham apa yang diperkatakan. malangnya, majoriti pelajar di sini mengamalkan cara kehidupan secara berpuak - cari kawan senegeri je. ini membuatkan pelajar yang berkomuniti kecil (terutamanya pelajar dari selatan) sukar untuk mencari teman.


tapi, apabila saya amati kembali suasana di sini, saya berasa sangat bertuah. sebab apa? sebab saya dapat merasakan satu keindahan kehidupan pelbagai kaum dari seluruh dunia. bukan seperti di universiti tempatan lain, uum mengambil ramai pelajar antarabangsa (muda) untuk menuntut di sini. majoritinya adalah sebaya. di sini, saya dapat belajar pelbagai budaya.


melihat pada pelbagai warna kulit, cara pemakaian, cara pertuturan dan banyak lagi la, membuatkan saya rasa alangkah bertuahnya saya berada di sini. satu tempat seperti menjadi markas persidangan setiap etnik. sekarang, saya boleh membalas kembali kenyataan tersebut dengan memperkatakan,


"ini rakan saya dari Indonesia...yang ini dari Yamen....owh...yang ni pulak dari China...bla~ bla~ bla~"

hehe....so, kat sini, dengan berbesar hatinya saya ingin mempromote rakan-rakan saya....kalau nak berkenalan, erm.....hehehe......xboleh la kot....gambar ni di ambil masa international dinner2008...

5 comments:

Aisar said...

walaweh!..ada blog rupanya!..cool!..dh siap di tag dh blog sy (^_^)...anda juga akan di tag!..

amir said...

betol gak kn...mule2 aku pn t'pinga2 kt cni...tp lame2 ok la..

Anonymous said...

meriahh nyeee...msti best kn...

Anonymous said...

erm...tumpang tanye, pict yg 1st tu bdk negara mane? kompius sket sbb die pki bju melayu...maaf b'tanya...

e-leeyana said...

boleh la...ala2 jakun gak la aku mse tu...teruja tgk pakaian diorg...

yg 1st tu ker??? ermm....agak2????hehehe xde la, die org tempatan la...