Thursday, September 11, 2008

1001 RAHSIA BERNIAGA - ep. 1

okeh...macam ni ceritanya...


baru-baru ni, saya telah menerima satu tugasan untuk merangka rancangan pemasaran samada bagi produk yang telah sedia ada ataupun mencipta satu produk baru. apabila pensyarah bertanya, "apakah produk yang ingin anda buat?" satu per satu...inilah jawapannya : Loreal, Toyota Vios, Cafe, Kopitiam dan macam-macam lagi yang agak gah namanya. kamu nak tahu tak kumpulan saya jawab apa? hah, kumpulan saya pun menjawab, "KEREPEK!"


ok, sekarang cuba anda andaikan apakah reaksi kelas dan pensyarah tersebut...(silalah berfikir dan meneka sejenak)...jeng jeng jeng...


bersorak??? bukan...hairan??? bukan juga...tapi hanya tersenyum sinis yang membuatkan saya mentafsirkan bahawa mereka memandang rendah terhadap idea kami. tapi, tak mengapa. ada sebabnya mengapa saya memilih produk ini. sebenarnya, bila kita ingin memulakan perniagaan pada masa kini, bukankah sukar untuk kita menerjah pasaran yang dah sedia padat ini? makanya, kita sebenarnya terleka dengan jenama yang gah akibat ketamakan manusia yang inginkan keuntungan yang berganda sekelip mata. walhal, hakikatnya pasaran nich itu sendiri yang paling menguntungkan. manusia kini sanggup melakukan apa sahaja untuk berniaga dan memaksimumkan keuntungan. kerepek yang hanya dipandang sebelah mata dahulunya, kini sudah pun global. cuba kita lihat di internet mengenai kerepek, pastinya ada.


di sini saya ingin berkongsi beberapa cerita mengenai usahawan yang berjaya hanya dengan mengusahakan produk yang dilihat mustahil untuk membawa kepada keuntungan satu ketika dahulu...


1. cerita mengenai lemang...


semestinya ramai yang mengenali lemang bukan (ermmm...rasa tak sabar pulak nak makan lemang raya ni). pada musim perayaan, lemang di tepi jalan boleh didapati dengan harga RM5 sahaja sebatang. cukup murah kan! tetapi, pernah tak kita terfikir bahawa lemang yang berharga RM5 itu boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi lagi? (jawab sendiri hehehe) sekumpulan pelajar Pemasaran di Universiti Lim Kok Wing telah mengubahsuai lemang tersebut. apa yang mereka lakukan hanyalah dengan menukar pembungkusannya sahaja. daripada diisi di dalam buluh, kepada bekas kaca dan cuba dipasarkan di luar negara. cuba anda teka apa yang terjadi...(jawapan, tunggu di akhir rancangan hehehe)...


2. petani sayur taugeh


sayur taugeh ni pun dianggap sayur termurah kan. beli 50sen sahaja dah cukup. pastinya kita membuat andaian bahawa jika kita buat bisnes ni, kita hanya membuang masa. betul tak? masakan tidak! harganya cukup murah...di Institut Pertanian Air Hitam (IPAH) mereka mendedahkan kepada bakal petani moden ini apakah kaedah pertanian yang sesuai serta diberi tunjuk ajar untuk mengurus pertanian tersebut. seorang pelajarnya telah memilih untuk mengusahakan pertanian sayur taugeh secara intensif dengan menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi. ini perkara kedua untuk anda cuba teka lagi apa yang terjadi...(sabar ya, akan saya ceritakan nanti)...


3. batu


pasti anda tidak percaya kan. batu yang sering kita sepak tu sebenarnya boleh mendatangkan keuntungan. batu yang kita nilai seperti tiada harga tu sebenarnya sangat berharga. anda ingin tahu siapa yang memulakannya? seorang yang berbangsa Cina mampu manaikkan martabat batu dengan harga yang mencecah ribuan (ada di dalam sebuah buku yang maaf saya terlupa judul dan pengarangnya). di dalam buku tersebut turut dinyatakan mengapa orang Cina boleh berjaya hanya melalui penjualan batu berbanding orang Melayu. sebenarnya adalah kerana orang Melayu tidak pernah melihat sesuatu itu mempunyai nilai. apabila orang Cina telah berjaya menjual batu, barulah orang Melayu ingin mengikutinya. kini, hanya dengan seketul batu sungai yang kecil boleh dijual dengan harga RM5 ke atas. bagaimana pula dengan yang besar???


4. lintah dan cacing tanah


pastinya ramai ang sedia maklum mengenai perniagaan paling popular di Malaysia ketika ini (maka, tak perlulah saya ceritakan sangat ya). jika dahulu, nampak sahaja lintah...pasti pucat muka kita kemudian kelam kabut untuk membunuhnya. betul kan??? tapi sekarang, bila nampak lintah...kita ambil dan letak di muka sendiri pula. (psstttt....yang ni xsanggup nak sertakan pict hehehehe)


haiii...cukup la setakat ni contoh-contoh tu ya...kalau nak disenaraikan, terlalu banyak rasanya. melalui contoh tersebut, pernah tak kita terfikir sebelum ini untuk mengusahakan produk sedemikian? (silalah jawab sendiri ya) anda penah tak baca buku hasil penulisan Azizi Ali? buku tu menceritakan bagaimana dia seorang juruterbang menjadi jutawan hartanah hanya dengan melakukan penjimatan. beliau pernah bertanya, "untuk apa kita memiliki kereta mewah sedangkan kita tetap boleh sampai ke destinasi tersebut dengan kereta yang murah?" manakala pensyarah saya juga turut mempertikaikan persoalan yang hampir serupa. nak tahu apa pula jawapan si pengguna kereta mewah ini? jawapannya mudah, "kalau tak, orang takkan tahu yang kita ni kaya". hummmmm.....no komen....


apa pun, cuba kita lihat. bagaimana satu benda yang dianggap mudah boleh melangkaui batasnya hanya dengan sedikit modifikasi. tak perlulah kita terlalu ghairah terhadap produk yang terlalu berjenama yang belum tentu menjamin keuntungan. cukuplah bersederhana sebagai permulaan...


owhhh....hampir terlupa mengenai sambungan kisah lemang dan taugeh tu.

lemang tersebut berjaya dijual di luar negara dengan harga RM5 juga. hehehe...tertipu??? memang saya tipu! sebenarnya bukan RM5 tetapi RM5000. tak percaya pula? anda boleh melawat ke universiti tersebut dan lihat sendiri kisah kejayaan lemang tu. silakan....
mengenai taugeh tu pula...usahawan tersebut berjaya meraih RM14,000 sebulan hanya melalui perniagaan tersebut. hampir menyamai gaji seorang CEO kan. tapi, CEO berkerja keras sehinggakan ofis menjadi rumah keduanya. tidak bagi usahawan ini! sebabnya, dia hanya perlu menyemai, kemudian melancong (makan angin) di luar negara dan kembali ke Malaysia setiap akhir bulan untuk mengutip hasilnya. perusahaan tersebut semestinya telah diambil alih oleh mesin yang berteknologi tinggi tu...seronok kan...
jadi, macam mana??? terpulanglah pada diri sendiri...

12 comments:

y4ku24 said...

The very the nice article! :D
Iliana nih sekarang belajar kos bisnes ke?
Jika kumpulan Iliana sudah tetapkan produk kerepek, saya setuju! Kalau projek ini lama, dan ada duit lebih (atau boleh share ngan member, dah nama pun group work) Cuba beli buku Chef Li: 'Menjejak Jutawan Senyap', kalau tak silap saya.
Penuh dengan cerita jutawan-jutawan yang untung sebab berniaga di pasar malam sahaja!
Nak cerita semua, akan jadi entri lain pulak kat dalam bahagian komen ini! Jadi saya cadangkan cuba belilah buku tersebut. Memang bes, jikalau ada minda bisnes melalui perusahaan kecil2 begini.

e-leeyana said...

yup...stdnt bisnes...mulanya amik sains tp ats cdgn keluarga memandangkn abg n akk da amk engineering, so cuba b'jinak dgn bisnes plk...xsangka blh jtuh ati dgn bisnes...owh..bku chef li...sy pernah baca...tp rasanya nk dcari n d simpan sbg koleksi peribadi...suka tgk koleksi buku sendiri kat rak hehehe...

e-leeyana said...

eh lupa plak...actly kerepek tu da siap pun dgn lengkapnya (final projek mse dip)...da siap dibentang n da terima sume kritikan ala2 the apprentice pnye rancangan...nk tunjuk sample design produk tu ke? hehe t'kejit plak nti...insyallah ada masa sy cbe ceritakan...

y4ku24 said...

erk..silap besar bagi cadangan buku bisnes kat orang yg kos bisnes!huhu.
apa pula cite ep.2 ye..hm..

etomyam said...

interesting, dlm bisnes, produk memainkan peranan kedua utk tentukan kejayaan, yg pertama adalah semangat, kreativiti dan kesungguhan. By the way, marketing and promotion plays signifant role in determining how far certain product can penetrate market.

ganu kita said...

business is da craziest thing in da world

e-leeyana said...

hehe sy stndt marketing...actly seluruh dunia ni bisnes...(ermm bg sy la)...

owh...ep. 2 ye...sabar ekh...kalau nk d ceritakan keindahan permainan bisnes ni, mmg sume org akan rasa tertipu...lg2 gara2 bdk2 marketing ni...sbb kne sentiasa pk scara kritis utk menipu hehehe...jgn mare ye...tp tu la namanya bisnes...

e-leeyana said...

y4ku24: xpe...cdgn buku tu perlu diteruskan...sbb manalah tau sy xpernah lg bace kn...mcm la buku yg kat blog awk tu...sy ada buku sejarah lengkap Nabi saw...punyalah tebal dan bahasa puitis lama...sampai sekarang x khatam2 lg...

AsadulQalb said...

Satu artikel yang menarik, paling menarik perhatian tentang taugeh tu.taugeh pun mampu buat duit sebenarnya.(walaupun saya tak la berapa suka taugeh, apatah lagi taugeh di dalam mee goreng mahupun mee rebus.Terasa agak mengganggu tekstur rasa..huhu,bagi saya je)

Begitulah, rami orang yang berfikir terus ke benda besar tanpa bermula dengan langkah-langkah kecil.Ingin memperoleh kejayaan segera harapnya.Tapi harus diingat,langkahan kecil yang berterusan pasti mampu beroleh kejayaan.Yang penting ada usaha dan kesungguhan, serta tidak dilupa berdoa dan bertawakal padanya.

e-leeyana said...

iya...tepat sekali...mungkin episod seterusnya saya akan menceritakan kegagalan orang yang berniaga pula...sebagai iktibar...

Anonymous said...

wehhh....xsangka ko begitu aktif menaip skrg nih...cmane ko blh ingat sume cte tu hah? bkn ke cte IPAH tu zaman kte sek dlu pyne cte...kuat tol ingatan ko nih! ko mkn ape?

ehh tp kn agk2 nye, klu tu nilai dlu, agknya skrg ni blipat ganda kn...pehhh kayo pakcik

ps: ko da dpt teka aku sape ke lum??? slmt berteka teki ye...

e-leeyana said...

ehh ko blh ingat cte tu mse ble pn da kre kuat gak la ingatan ko tu...aku mkn ape ekh...minum susu Dutch Lady hari2 hahahaha.....