Sunday, July 27, 2008

hidup ini memang mendebarkan

kehidupan ini telah menjanjikan pelbagai keindahan yang bisa kita capai. tetapi, sebagai manusia biasa, kdang2 kita terleka. kita tidak dapak melihat keindahan tersebut. pemnahkah kita terfikir kenapa?

bila kita berjaya, kita pasti bicara 'saya berusaha untuk mendapatkan ini semua. belajar lewat malam, mengawal aturan makanan, membuat jadual dll'. tetapi, sedarkah kita, apakah yang kita akan bicarakan sekiranya kita gagal? bunyinya adalah seperti ini, ' owh, ini mmg dah nasib saya yang telah Tuhan tetapkan'

dalam kehidupan, tiada siapa yang bakal mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya. kita pasti lali dengan ayat ' kita hanya merancang dan Tuhan yang akan menentukan'. tetapi kita lupa, sebenarnya Tuhan telah menjanjikan satu balasan yang lumayan sekiranya kita benar2 beruasaha untuk mendapatkannya. hanya ada beberapa perkara yang pastinya kita tidak akan mampu mengubahnya iaitu rezeki, jodoh dan ajal maut.

mengapa saya katakan hidup ini memang mendebarkan? ya! ia memang mendebarkan. pernah tak kita bersedia apa yang bakal kita hadapi di kemudian hari? tidak! kerana kita tidak pernah mengetahuinya. kita ketawa pada hari ini, tidak semestinya kita akan ketawa pada keesokkan harinya. kita menangis hari ini, tidak semestinya kita akan terus menangis. bukankah ianya sesuatu yang mendebarkan?

apa sekalipun ia, pasti ada caranya bagi kita menghadapi semua ini. iaitu ketenangan jiwa. bagaimana pula untuk kita mendapatkan ketenangan itu? jawapannya ada si dalam diri kita sendiri. bagaimana kita mengatur dan mengawal kehidupan kita, itulah yang akan berlaku. jadi, persiapkan diri anda dan jangan sekali-kali lupa pada masa akan datang. kerana kita tidak mengetahuinya....

4 comments:

SangPelangi said...

SETUJU!
Dada kadang-kadang berketuk laju, bila tiba detik "turning point" dalam hidup, seperti menjelangnya peperiksaan, hari perkahwinan, keputusan temuduga kerja, keputusan pemeriksaan kesihatan dan macam-macam lagi.
Dunia ini memang sangat mencemaskan penghuninya. Tambah lagi bila tibanya saat pertukaran kita ke alam yang satu lagi.

e-leeyana said...

biase la....pengalman semua tu kan....berdebar tunggu saat berikutnya

syAfiQ sAy~ said...

huhu~
erm kamu ada cara ke nak buat kita bersedia utk pkra yg kita tak ketahui?? thanks yer to be my new friend! (=_=)

e-leeyana said...

syafiq...thanks 2 u too...cara nk bersedia??? sentiasa bersederhana n merendah diri...jgn terbang terlalu tinggi n sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan...